From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelenjar sebaceous adalah kelenjar mikroskopik pada kulit yang merembeskan bahan berminyak/berlilin, dikenali sebagai sebum, bagi melicinkan kulit dan rambut pada mamalia.[1] Pada manusia, ia terdapat banyak di muka dan kulit kepala, sungguhpun ia tersebar diseluruh kulit kecuali pada tapak tangan dan kaki.[2] Pada kelopak mata, Kelenjar sebaceous meibomian merembeskan sejenis sebum khas yang membentuk air mata. Terdapat beberapa keadaan perubatan berkait dengan sebum, termasuk jerawat, cyst sebaceous, hyperplasia sebaceous, adenoma sebaceous, dan carcinoma kelenjar sebaceous (lihat seksyen di bawah: Pathologi).
Kelenjar Sebum کلنجر سيبوم | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | glandula sebacea |
MeSH | D012627 |
TA | A16.0.00.030 A15.2.07.044 |
FMA | FMA:59160 |
Terminologi anatomi |
Kelenjar sebum atau kelenjar minyak terletak di seluruh tubuh badan. Kelenjar ini banyak terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu. Setiap kelenjar terbina daripada gelembung-gelembung yang mempunyai tisu epitelium di sekelilingnya.
Salur dari gelembung ini menuju ke kulit luar melalui liang roma. Kelenjar sebum juga didapati di lubang telinga (kelenjar cerumen/kelenjar lilin) dan di kelopak mata (kelenjar meibomian). Kelenjar sebum berfungsi dalam:
Kelenjar sebum ini mula berfungsi semasa baligh dan dikawal oleh hormon androgen. Kelenjar sebum adalah salah satu contoh kelenjar holokrin kerana selepas sebum dirembeskan, sel kelenjar menjadi kosong dan mati.
Cabang jenis kelenjar acinar, kelenjar sebaceous wujud pada manusia dikeseluruhan kulit kecuali pada telapak tangan dan telapak kaki.
Kelenjar Sebaceous biasanya terdapat di kawasan diselitupi rambut, di mana ia bersambung dengan akar rambut (lihat gambar di atas). Kelenjar tersebut memendakkan sebum pada rambut, dan membawanya ke permukaan kulit sepanjang rongga rambut. Struktur itu terdiri daripada rambut, akar rambut, otot arrector pili, dan kelenjar sebaceous dikenali sebagai unit pilosebaceous.
Kelenjar Sebaceous juga terdapat di kawasan tidak berambut (kulit glabrous) pada kelopak mata, hidung manusia, zakar, labia minora dan puting. Di sini, sebum melalui bukaan yang sampai ke liang peluh pada permukaan kulit.
Pada pinggir kelopak mata, kelenjar meibomian merupakan bentuk kelenjar sebaceous khas. Ia merembeskan bentuk sebum (dikenali sebagai meibum) ke dalam mata, memperlahankan pemelowapan air mata.
Kelenjar Sebaceous merembeskan bahan berminyak, berlilin dipanggil sebum (Latin, bererti lemak atau lilin) yang terdiri daripada lemak (lipid), lilin, dan puing sel pengeluar lemak.[3] Dalam kelenjar, sebum dihasilkan dalam sel khas dan dibebaskan apabila sel itu pecah; kelenjar sebaceous dengan itu digelar kelenjar holocrine. Seborrhoea merupakan nama bagi keadaan kulit berminyak disebabkan oleh sebum berlebihan.[4]
Sebum tidak berbau, tetapi penguraian bakteria padanya menyebabkan penghasilan bau. Sebum juga merupakan punca mengapa sesetengah orang mengalami masalah rambut berminyak,[5] ketika cuaca panas atau jika tidak dicuci selama beberapa hari. Tahi telinga sebahagiannya terdiri daripada sebum. Sebum berlebihan telah dikaitkan dengan memakan daging merah, makanan goreng, berminyak, atau lain-lain, tetapi kajian tidak dapat mengesahkannya.[perlu rujukan]
Sungguhpun dipercayai bahawa sebum bertindak sebagai melindungi dan menebat air pada rambut dan kulit, ahli sains menyangkal kepercayaan ini dengan mengatakan bahawa "tahap rendah aktiviti kelenjar sebaceous tidak berkait dengan kulit kering" dan ia mungkin memainkan peranan kecil atau tiada kegunaan dalam manusia moden.[6]
Komposisi sebum berbeza-beza merentasi spesies. Pada manusia, kandungan lipid adalah seperti berikut:[7]
Peratusan komposisi | Bahan |
25% | lilin monoester |
41% | triglyceride |
16% | asid lemak bebas |
12% | squalene |
Asid Sapienic merupakan asid lemak sebum yang unik bagi manusia.
Rawatan berikut telah dibuktikan berkesan mengurangkan kadar rembesan sebum:
Kelenjar sebaceous pada fetus manusia in utero mengeluarkan bahan yang dikenali sebagai Vernix caseosa, bahan putih "berlilin" atau "berkeju" yang menyelitupi kulit bayi baru lahir terutama di bahagian kepala. Dikalangan masyarakat Melayu ia dikenali sebagai berkerak, dan perlu dicuci berhati-hati kerana tengkorak bayi yang lembut dan masih belum melekat dengan sempurna.
Aktiviti kelenjar sebaceous meningkat semasa baligh kerana peningkatan tahap androgen. Pada lelaki, kelenjar sebaceous mula menguasai pada zakar, pada zakar dan sekeliling kepala zakar semasa dan selepas usia baligh. Ini bagaimanapun ini adalah normal dan tidak patut dikelirukan dengan penyakit sebaran seksual ("Sexually transmitted disease - STD"). Bagi wanita, ia muncul kebanyakan di "labia minora".
Kelenjar Sebaceous terbabit dengan masalah kulit seperti jerawat batu ("Acne vulgaris") dan keratosis pilaris. Pada liang kulit, sebum dan keratin mampu membina penyumbat hiperkeratotik yang dikenali sebagai "mikrokomedone". Dadah yang dicadangkan adalah isotretinoin yang mengurangkan dengan banyaknya jumlah sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous, dan digunakan bagi merawat jerawat.
Kegunaan melampau (sehingga 10 ganda jumlah diberikan doktor) bagi steroid anabolik oleh binabadan, bagi hipertropi otot mampu menyebabkan jerawat. Kelenjar sebaceous dirangsang akibat penukaran sebahagian steroids kepada dihidrotestosterone. Ini mungkin menyebabkan jerawat teruk pada muka, dada, belakang, dan bahu.
Kelenjar sebaceous yang tersumbat boleh menyebabkan sebaceous cyst.
Keadaan yang membabitkan kelenjar sebaceous bengkak dikenali sebagai sebaceous hiperplasia.
Sebaceous gland carcinoma merupakan bentuk barah agresif yang membabitkan kelenjar sebaceous; sebaceous adenoma merupakan bentuk neoplasm yang kurang merbahaya dari kelenjar sebaceous.
Sebum juga boleh terkumpul sekeliling tindik badan.[11]
Sesetengah spesies kutu Demodex makan sebum dan biasanya didapati pada kelenjar sebaceous mamalia, termasuk manusia.
Kelenjar preputial bagi tikus dan mondok adalah kelenjar sebaceous yang terubahsuai bagi menghasilkan pheromone.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.