From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebangkitan adalah suatu konsep tentang kehidupan kedua setelah kematian dari seluruh makhluk, yang terdapat di dalam ajaran agama Yahudi, Kristian dan Islam. Ianya boleh juga merujuk kepada tiap-tiap individu atau kebangkitan secara umum seluruh umat manusia. Walaupun beberapa agama telah mengajar mengenai kebangkitan, masalah ini sering terkenal di dalam kitab suci agama samawi.
Beberapa orang nabi, pernah dikisahkan dengan menyaksikan secara langsung proses kebangkitan dihadapan mereka, seperti Ibrahim dan Musa yang pernah ingin melihat kebangkitan seekor burung merpati, Hazqiyal menyaksikan kebangkitan Bani Israel, kemudian Nabi Isa a.s. yang menghidupkan Sam bin Nuh.[1]
Di dalam Al Qur'an surah An-Naml menerangkan secara garis besarnya bahawa kederhakaan orang-orang kafir terhadap wujudnya hari kebangkitan itu tidak beralasan kemudian dikemukakan kepada mereka persoalan-persoalan yang terdapat hubungannya dengan kebangkitan (Arab: القيامة ) itu. Hal ini diterangkan lebih jelas dalam surah Al Qashash.
Dalam Kerpercayaan Kristian, Kebangkitan diikuti sebagaimana Yesus Kristus bangkit untuk menebus dosa manusia adalah puncak keimanan Kristian. Dalam Hukum Taurat , TUHAN menyeru agar Hari Sabbath(Sabtu) patut disucikan, Malah Kristian Katolik pula beribadah pada hari Minggu(Sunday) hingga membuat perdebatan antara Katolik dan SDA. Umat SDA memilih untuk beribadah pada hari Sabbath(Sabtu) kerana mereka mengikuti hari ibadah Yesus Kristus dan Umat-umat Israel yang beribadah pada hari ketujuh. Hari ketujuh adalah hari Sabbath(Sabtu) berdasarkan kalendar Gregorian yang digunakan dari zaman dahulu hingga sekarang.
Yahudi mempercayai sesiapa yang bangkit dari kematian sebelum hari ke-4 dia seorang Suci/Patut di muliakan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.