Kasino
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kasino ([ka.si.no], pinjaman Itali: casinocode: it is deprecated ) merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan. Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara.Terdapat sebanyak 4750 buah kasino yang beroperasi di seluruh dunia.
Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama kemudahan-kemudahan percutian lain termasuk hotel, restoran, taman tema atau kompleks beli-belah; ada juga kasino yang terbina dalam platform bergerak seperti kapal pesiaran. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting. Setiap bangunan kasino mempunyai larangan kemasukan untuk sesiapa di bawah lingkungan usia yang dbenarkan untuk berjudi iaiti sekitar 18 hingga 21 tahun.[1]