Judi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.
Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:
- Nombor Ekor
- Sabung Ayam
- Judi Bola
Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.