From Wikipedia, the free encyclopedia
Karen Kong (Cina Tradisional: 龔柯允, Cina Ringkas: 龚柯允 ) merupakan penyanyi yang dilahirkan pada 7 Disember 1984 dari Labuan, Malaysia Timur. Kebanyakan peminatnya terdiri daripada penduduk Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina dan Indonesia.
Karen Kong | |
---|---|
Kelahiran | 7 Disember 1984 |
Berasal dari | Labuan, Malaysia |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2006–kini |
Syarikat rakaman | Prodigee Records |
Laman sesawang | KarenKong.com |
Karen Kong adalah lepasan SMK St Anne, Labuan. Beliau pernah mencuba nasib dengan menguji bakat di Malaysian Idol pada tahun 2004 dengan menyanyi lagu Menghitung Hari (nyanyian asal Kris Dayanti) di hadapan juri tetapi gagal mara ke peringkat seterusnya.[1]
Single pertama Karen dilancarkan pada bulan Januari 2007. EP sulung beliau yang sama tajuknya turut merangkumi lagu Cinta Hello Kitty dan Ku Tak Upaya, yang digubah oleh penulis lirik Malaysia Asmin Mudin (yang juga pernah mengarang Gemilang dendangan Jaclyn Victor) dan dimainkan oleh beberapa stesen radio termasuk Era FM, Xfresh FM dan sebagainya.
Pada 15 Januari 2007, munculnya album sulungnya bertajuk Mulakan. Album ini memuatkan single pertama tersebut serta sembilan buah lagu lain termasuk "Na Na Na Nada Cinta" yang disadur pada sebuah lagu Jepun. Pada 17 Julai tahun yang sama, Karen melakar sejarah muzik Malaysia dengan mengadakan konsert dalam talian yang julung kali diadakan oleh mana-mana artis Malaysia. Pada bulan September, beliau mengumumkan rancangan menghasilkan sebuah album berbahasa Mandarin.
Album itu yang berjudul Showtime dijadualkan keluar pada 29 Oktober[2], tetapi halangan besar dihadapi apabila syarikat rakaman beliau mendapati kedai muzik tidak sanggup menjualkan albumnya, maka album ini hanya akan dapat dibeli dalam satu jelajah 50 lokasi di seluruh negara.[3] Sepanjang jelajah ini, beliau berjaya menjual lima ribu salinan album Showtime.[4]
Bonus Tracks
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.