From Wikipedia, the free encyclopedia
Capparis spinosa atau kaper (Belanda: kapper , Itali: cappero , Sepanyol: alcaparra ) ialah tanaman saka berdaun bulat dan berisi serta bunga besar putih kejambuan;[1][2][3] putik bunga dan buah ini terutamanya boleh dimakan jeruk, namun bahagian tanaman lain pohon ini juga digunakan dalam pembuatan ubat dan kosmetik.
Capparis spinosa Caper | |
---|---|
Ilustrasi oleh Otto Wilhelm Thomé | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Capparis |
Spesies: | C. spinosa |
Nama binomial | |
Capparis spinosa Linnaeus, 1753 | |
Tumbuhan ini bertaburan asal dari kawasan laut Mediterranean (ia wujud di hampir kesemua negara rantau), Afrika Timur, Madagascar, Asia Tengah dan barat daya, Pergunungan Himalaya, Kepulauan Pasifik, Indomalaya, dan Australia.[4] Namun, ia ada dikatakan berasal dari kawasan tropika lalu dibiasakan pembiakannya di lembangan rantau Mediterranean.[5]
Status taksonomi spesis ini adalah penuh dengan kontroversi dan tiada penyelesaian. Spesis dalam genus Capparis adalah sangat berubah-ubah, dan kacukannya antara spesis adalah sangat biasa dalam sejarah evolusi genusnya. Maka, sesetengah penulis dan pengkaji menganggap C. spinosa terdiri daripada pelbagai spesis yang berbeza[6], selain daripada takson tersebut ialah spesis tunggal dengan pemboleh ubah atau subspesis pelbagai,[7][8] atau yang takson C. spinosa ini kacukan antara C. orientalis dan C. sicula.[9]
Tumbuhan reneknya mempunyai banyak cabang, dengan daun yang berselang, tebal dan berkilat serta bulat membujur.
Bunganya lengkap, manis baunya dan mempunyai empat sepal dan empat kelopak putih kemerahan dengan stamen panjang berwarna ungu, dan stigma tunggal yang menaik di atas stamen.[10]
Buah dan bunga tumbuhan ini dijeruk masinkan sebagai suatu perisa atau hiasan makanan dalam masakan seberapa masyarakat Mediterranean seperti Cyprus, Malta dan Yunani. Ia paling diketahui di Sicilia dan selatan Itali sebagai suatu bahan perisa hidangan-hidangan salad, pasta dan lauk berdaging (misalnya spaghetti alla puttanesca)
Jeruk buah tersebut juga merupakan bahan utama dalam sos tartar.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.