Kapal tempur Jerman Scharnhorst
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Scharnhorst ialah sebuah kapal utama Jerman, digambarkan secara alternatif sebagai kapal tempur dan kruiser tempur, Kriegsmarine Jerman Nazi. Ia adalah kapal sulung dari kelasnya, termasuk kapal yang lagi satu, Gneisenau. Kapal ini telah dibina di limbungan Kriegsmarinewerft di Wilhelmshaven; ia mula dibina pada 15 June 1935 dan dilancarkan setahun dan empat bulan kemudian pada 3 Oktober 1936. Siap pada Januari 1939, kapal ini telah dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran 28 sm (11 in) C/34 dalam tiga turet triple. Rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam 38 sm (15 in) SK C/34 dalam turet berkembar tidak pernah dibuat.
Scharnhorst | |
Sejarah | |
---|---|
Jerman Nazi | |
Nama: | Scharnhorst |
Bersempena dengan: | Gerhard Johann von Scharnhorst (1755–1813)[1] |
Pembina: | Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven |
Dibaringkan: | 15 Jun 1935 |
Dilancarkan: | 3 Oktober 1936 |
Ditauliah: | 7 Januari 1939 |
Moto: | Scharnhorst immer voran (Scharnhorst pernah kehadapan)[2] |
Takdir: | Karam di 72°16′N 28°41′E Pertempuran North Cape pada 26 Disember 1943 |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | kapal tempur kelas-Scharnhorst |
Sesaran: |
|
Panjang: | 234.9 m (771 ka) |
Lunas: | 30 m (98 ka) |
Draft: | 9.9 m (32 ka) |
Installed power: | 159,551 shp; 118,977 kW[3] |
Jana kuasa: | 3 Brown, Boveri & Co turbin stim bergear |
Halaju: | 31 knot (57 km/j; 36 mph) |
Jarak: | 7,100 nmi (13,100 km; 8,200 bt) at 19 knot (35 km/j; 22 mph) |
Anak kapal: |
|
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
Pesawat yang dibawa: | 3 Arado Ar 196A |
Kemudahan penerbangan: | 1 katapel |
Scharnhorst dan Gneisenau beroperasi bersama-sama pada awal babak Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, Scharnhorst menenggelamkan kruiser bantuan HMS Rawalpindi dalam satu pertempuran singkat (November 1939). Scharnhorst dan Gneisenau terlibat dalam Operasi Weserübung (April–Jun 1940), iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempur HMS Renown dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawat HMS Glorious berserta kapal pengiringnya Acasta dan Ardent. Dalam pertempuran itu Scharnhorst membuat salah satu bedilan tembakan meriam laut paling jauh dalam sejarah.
Pada awal tahun 1942, selepas berulang kali dibom British, kedua-dua kapal membuat gerakan lintas pada waktu siang melalui Selat Inggeris dari taklukan Perancis ke Jerman. Pada awal tahun 1943, Scharnhorst menyertai kapal tempur Tirpitz kelas Bismarck di Norway untuk menghalang konvoi Bersekutu ke Soviet Union. Scharnhorst dan beberapa kapal pembinasa bergerak dari Norway untuk menyerang sebuah konvoi, tetapi kapal peronda British memintas pasukan Jerman. Semasa Pertempuran North Cape (26 Disember 1943), kapal tempur Royal Navy HMS Duke of York dan kapal-kapal pengiringnya menenggelamkan Scharnhorst. Hanya 36 orang berjaya diselamatkan, daripada jumlah 1,968 anak kapalnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.