Geladak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Geladak atau dek (bahasa Inggeris: deck ) secara umumnya merujuk kepada bahagian lantai yang terletak di atas badan kapal.[1] Bagi bot dan kapal, geladak utama ialah struktur melintang yang melitupi badan kapal, yang memperkukuhkan badan kapal dan bertindak sebagai ruang kerja utama. Kapal-kapal biasanya memiliki lebih dari satu tingkat geladak, ada yang terletak di dalam badan kapal (geladak bawah), dan ada yang terletak di atas geladak utama di dalam superstruktur yang membentuk tingkat-tingkat seperti di bangunan biasa.
Tujuan geladak adalah sebagai satu struktur pelindung dari cuaca dan untuk menampung anak kapal dan segala peralatan. Geladak juga bertindak sebagai tudung yang disokong oleh galang kepada badan kapal. Ia menghalang kuasa tekanan, mampatan dan getaran. Beluti geladak lazimnya sama dengan sisi atasnya, atau mungkin lebih berat jika geladak itu digunakan untuk membawa muatan berat (contohnya geladak kapal kontena).
Bagi kapal yang memiliki lebih dari satu tingkat, geladak juga merujuk kepada setiap tingkat-tingkat tersebut. Permukaan lantai tingkat ini dipanggil "tapak" (sole), sementara istilah "lantai" (floor) merujuk kepada bahagian struktur yang mengikat bingkai atau rusuk kapal bersama pada lunas kapal. Dalam kapal moden, nombor tingkat geladak biasanya bermula dari geladak utama yang dinomborkan #1, ke atas dan ke bawah. Jadi geladak pertama di bawah geladak utama akan bernombor #2, dan geladak pertama di atas geladak utama akan bernombor #A2 atau #S2 ("atas" atau superstruktur). Bagaimanapun, penamaan geladak bergantung kepada pemilik kapal itu sendiri. Ada kapal persiaran yang menamakan geladak khususnya dengan nama-nama yang romantik seperti "geladak Lido" (lido deck) atau "bot cinta" (love boat).
Bagi kapal yang memiliki lebih dari satu geladak, terdapat pelbagai jenis penamaan samada dengan nombor atau abjad. Namun, terdapat juga pelbagai nama bersejarah dan jenis geladak seperti berikut:
Kapal-kapal besi umumnya menggunakan geladak yang diperbuat daripada plat keluli, yang dikimpal antara satu sama lain dari kedua arah. Proses ini memakan masa yang lebih lama daripada pembinaan geladak kayu. Tetapi kimpalan akan menghasilkan geladak yang kalis air yang kuat dan mudah dibaiki. Struktur geladak dikimpal sehingga ke badan kapal, menggabungkan keduanya menjadi satu struktur tunggal.
Geladak kayu tradisional diperbuat daripada papan kayu yang disusun berdampingan pada rasuk kapal. Bagi memastikannya kalis air, celah antara papan akan dipakal dengan damar atau gala-gala, dan dilapisi dengan tar. Geladak kayu banyak digunakan untuk kapal kayu tradisional dan perahu layar.
Bahan moden yang banyak digunakan pada geladak kapal-kapal kecil adalah gentian kaca atau yang mudah untuk dibuat dan ringan. Gentian kaca juga digunakan untuk melapis geladak kayu agar lebih kedap air serta tahan lebih lama.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.