From Wikipedia, the free encyclopedia
Kamikatsu (上勝町, Kamikatsu-chō) merupakan sebuah pekan yang terletak di wilayah Tokushima, Jepun.
Pekan ini ditubuhkan pada 20 Julai 1955 melalui penggabungan dua buah kampung, Takahoko dan Fukuhara. Lambang mohor Kamikatsu diperkenalkan pada 16 Disember 1965.[3]
Pekan Kamikatsu merupakan sebuah kawasan "sisa sifar", di mana sampah-sampah dalam Kamikatsu dibahagikan kepada 45 jenis sisa untuk dikitar semula kerana terpaksa menutup kilang pembakar sampah pada 2000. Inisiatif ini bermula pada tahun 2003 apabila pekan ini melaksanakan deklarasi sisa sifar.[4] Pekan ini menetapkan matlamat untuk menjadi pekan sisa sifar menjelang tahun 2020 setelah memiliki kadar kitar semula setinggi 80% pada 2008.[5]
Pekan Kamikatsu diairi oleh sungai-sungai seperti Sungai Katsuura dan Sungai Asahi. Gunung Kumosa merupakan puncak tertinggi Kamikatsu dengan ketinggian 1,495 meter. Secara keseluruhannya, Kamikatsu berada di kawasan tanah tinggi.[1]
Pekan ini merupakan pekan dengan populasi terkecil di pulau Shikoku.
Pekan ini tidak memiliki sebuah sekolah tinggi, tetapi memiliki sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah.
Pekan Kamikatsu tidak memiliki sebarang stesen kereta api. Pekan ini memiliki perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak pentadbiran Kamikatsu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.