![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/f/fc/Flash-Media-Cards.jpg/640px-Flash-Media-Cards.jpg&w=640&q=50)
Kad ingatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil "mem-card" di kalangan pengguna.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/f/fc/Flash-Media-Cards.jpg/640px-Flash-Media-Cards.jpg)
Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut. Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.