Telefon bimbit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Telefon bimbit (Jawi: تيليفون بيمبيتcode: ms is deprecated ), telefon genggam (Jawi: تيليفون ڬڠڬمcode: ms is deprecated terutama Ind.[1]) atau telefon tangan (Jawi: تيليفون تاڠنcode: ms is deprecated Pat.[2]) merupakan peranti eletronik mudah alih digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service human – MMSH’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).
Rencana ini perlu dikemas kini. (Ogos 2023) |