From Wikipedia, the free encyclopedia
KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api laju tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd.
6 KLIA Ekspres KLIA ايکسڤريس | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Umum | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis | Ekspres lapangan terbang/Express rail | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Kuala Lumpur - KLIA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Stesen | 3 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nombor laluan | 6 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Operasi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 14 April 2002 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengendali | Express Rail Link | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sistem pengaliran | Dengan pemandu | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Stok kereta api | Desiro ET 425 M Electric Multiple Unit | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Teknikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Panjang aliran | 57 km | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tolok landasan | 1 435 mm Standard gauge | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Selain KLIA Ekspres, Express Rail Link Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan rel pengantara, KLIA Transit.
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.
Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walau bagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.
Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada 14 April 2002 menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Ekspres ialah penumpang-penumpang syarikat penerbangan, para pelancong dan ahli-ahli perniagaan.
Model:
==== ===== |
Desiro ET 425 M Electric Multiple Unit (EMU)
|
Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dengan menggunakan lapan buah tren elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat dari Jerman. Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit beroperasi di atas landasan dan menggunakan sistem yang sama. Selain itu, tren kedua-dua perkhidmatan rel tersebut berkongsi ciri-ciri fizikal dan luaran yang sama. Misalnya, bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik. Ia satu perbezaan yang minima jika dibandingkan dengan model rekaan asas tren tersebut.
Kesemua tren KLIA Ekspres dilengkapi dengan kemudahan tandas, ruang khusus bagasi daftar masuk dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak. Setiap unit tren KLIA Ekspres mampu membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dapat digandakan sehingga lebih 300 orang penumpang dengan keupayaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Ekspres. Akhir sekali, pintu keluar masuk tren KLIA Ekspres dibuka secara otomatik berbeza dengan operasi pintu KLIA Transit yang dibuka secara manual.
KLIA Ekspres menggunakan sistem tiket tertutup yang memerlukan penumpang membeli tiket perjalanan sebelum menaiki dan penggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres. Kadar tambang KLIA Ekspres pula adalah kadar tambang tetap yang ditentukan oleh Express Rail Link Sdn Bhd dengan persetujuan kerajaan Malaysia mengikut kumpulan umur penumpang iaitu dewasa dan kanak-kanak.
Pembelian tiket perjalanan KLIA Ekspres boleh dilakukan di kaunter jualan tiket Aras 1, Balai Perlepasan, Terminal Udara KL (KL CAT), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Aras 1, Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan pilihan tiket perjalanan sehala atau dua hala. Selain itu, penumpang-penumpang Penerbangan Malaysia boleh membeli tiket perjalananan sehala KLIA Ekspres melalui khidmat membeli-belah dalam pesawat.
Selain daripada kaunter jualan tiket, pembelian tiket perjalanan KLIA Ekspres boleh dilakukan di mesin tiket otomatik di Terminal Udara KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang menerima pembayaran secara tunai.
|
Berikut adalah jadual harga tambang perjalanan sehala dan dua hala KLIA Ekspres.
Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah sebuah hab pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 16 April 2001 sebagai ganti kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkan rangkaian perkhidmatan rel, bas dan teksi di bawah satu bumbung.
Perkhidmatan KLIA Ekspres di Stesen Sentral Kuala Lumpur beroperasi melalui Terminal Udara KL (KL CAT) yang dibuka kepada orang ramai pada 14 April 2002. Ia menggunakan dua pelantar khusus yang berasingan untuk perlepasan dan ketibaan. Selain daripada perkhidmatan KLIA Ekspres, Terminal Udara KL juga menyediakan kemudahan daftar masuk bagasi dan penumpang Penerbangan Malaysia, Cathay Pacific Airways dan Royal Brunei Airlines.
Perkhidmatan KLIA Ekspres berlepas dan tiba dari Stesen KLIA di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia beroperasi di pelantar khusus dan berasingan dengan KLIA Transit.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.