Julie Dahlan
Pelakon dan penerbit Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Junaidah "Julie" Dahlan (1953 – 30 April 2015)[1] merupakan seorang pelakon dan penerbit Malaysia.[2] Beliau popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Julie Dahlan | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Junaidah binti Dahlan 1953 (1953) |
Meninggal dunia | 30 April 2015 (berumur 61–62) |
Sebab kematian | Tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Klang Gate |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit |
Tahun aktif | 1978–2008 |
Anak-anak | 3 (termasuk Hanny Harmi) |
Tutup
Beliau melalui syarikat penerbitan miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Cinta Metropolitan (1996). Beliau ialah antara penerbit wanita terawal di Malaysia dan orang yang bertanggungjawab membawa model terkenal, Nasha Aziz ke layar perak serta beberapa nama terkenal lain antaranya Ziela Jalil, Sofia Jane, Eizlan Yusof dan Hairie Othman.[3][4]