Joshua Kimmich (lahir 8 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Tarikh lahir ...
Joshua Kimmich
Thumb
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-02-08) 8 Februari 1995 (umur 29)
Tempat lahir Rottweil, Jerman
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 516 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 32
Kerjaya remaja
2000–2007 VfB Bösingen
2007–2013 VfB Stuttgart
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2015 RB Leipzig 53 (3)
2015– Bayern Munich 239 (25)
Pasukan kebangsaan
2011 Jerman B17 2 (0)
2013 Jerman B18 5 (0)
2013–2014 Jerman B19 9 (1)
2014– Jerman B21 14 (2)
2016– Jerman 80 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 September 2023 (UTC)
Tutup

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Kimmich beraksi di akademi VfB Stuttgart sebelum sertai RB Leipzig pada Julai 2013. VfB Stuttgart seterusnya menjamin untuk membawa masuk Kimmich semula. Beliau melakukan penampilan pertamanya di 3. Liga untuk Leipzig pada 28 September tahun yang sama ketika menentang SpVgg Unterhaching yang berkesudahan seri 2-2. Beliau menjaringkan gol profesional pertamanya ketika menang 3-2 ke atas 1. FC Saarbrücken pada 30 November 2013.

Bayern Munich

Musim 2015–16

Pada 2 Januari 2015, Kimmich setuju untuk menyertai Bayern Munich selepas menandatangani kontrak lima tahun dalam perpindahan bernilai kira-kira 7 juta euro. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Bayern pada 9 Ogos pada pusingan pertama DFB-Pokal menentang FC Nöttingen. Penampilan sulungnya di Bundesliga pula pada 12 September ketika menentang FC Augsburg. Empat hari kemudian, Kimmich tampil pada kemunculan pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Olympiakos dan seterusnya, beliau diletakkan dalam kesebelasan utama Bayern dan beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan yang berkesudahan Bayern menang 3-0 ke atas SV Darmstadt 98.

Kimmich menamatkan musim pertamanya di Bayern dengan 23 kemunculan liga dan 15 daripadanya beliau diletakkan dalam kesebelasan utama. Beliau turut beraksi sehingga 120 minit pada Perlawanan Akhir DFB-Pokal 2016 menentang Borussia Dortmund di Olympiastadion pada 21 Mei.

Musim 2016–17

Thumb
Kimmich ketika menjalani latihan bersama Bayern pada tahun 2015.

Kimmich memulakan musim 2016-17 dengan beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan DFL-Supercup 2016 menentang Dortmund yang berkesudahan Bayern menang 2-0. Pada 9 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern pada perlawanan liga ketika menentang Schalke.[2] Empat hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol pertamanya di Liga Juara-Juara semasa pasukannya membenam FC Rostov 5-0.[3] Pada 24 September, Kimmich merekodkan gol keempat pada perlawanan keempatnya ketika beliau menjaringkan gol kemenangan Bayern ke atas Hamburg 1-0.[4]

Kerjaya antarabangsa

Pada 31 Mei 2016, Kimmich dinamakan dalam senarai 23 pemain pasukan kebangsaan Jerman ke UEFA Euro 2016 dan beliau diberi nombor jersi 21. Pada 21 Jun 2016, Kimmich dipilih untuk beraksi dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ireland Utara. Beliau menggantikan Benedikt Höwedes untuk mengisi posisi bek kanan. Tempoh Kimmich sebagai pilihan pertama posisi bek kanan kekal sehingga pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir Euro 2016 dan beliau dinamakan "Bintang Pasukan Kejohanan" UEFA.

Gol antarabangsa

Maklumat lanjut #, Tarikh ...
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1
4 September 2016Oslo, Norway Norway
0–2
0–3
Kelayakan Piala Dunia 2018
Tutup

Statistik kerjaya

Sehingga 6 Disember 2016
Maklumat lanjut Kelab, Musim ...
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Jerman Leipzig 2013–14 26100261
2014–15 27220292
Jumlah 532200000553
Jerman Bayern Munich 2015–16 230409000360
2016–17 114205310197
Jumlah 3446014310557
Jumlah kerjaya 877801431011010
Tutup

Pencapaian

Kelab

Bayern Munich

Individu

Nota

  1. Termasuk DFB-Supercup 2016

Catatan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.