From Wikipedia, the free encyclopedia
Jata Palestin boleh merujuk kepada lambang yang digunakan oleh Negara Palestin dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PBP) atau kepada lambang yang digunakan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PPP).
Jata Negara Palestin | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Jata negara |
Pemegang/ pembawa | Negara Palestin |
Diterima pakai | 5 Januari 2013 |
Jabaran | Tribahagian tegak Hijauan, Perakan, dan Hitaman berhulu baji Merahan |
Penopang/ penyokong | Emasan Helang Salahuddin |
Cogan kata | فلسطين Palestin |
sunting · sunting di Wikidata |
Lambang Pertubuhan Pembebasan Palestin | |
---|---|
Fail:Plo emblem.png | |
Butiran | |
Jenis | Jata negara |
Diterima pakai | 5 Januari 2013 |
Cogan kata | Pertubuhan Pembebasan Palestin (atas) Perpaduan Negara (bawah)[1] |
sunting · sunting di Wikidata |
Kerajaan Palestin menerangkan jata seperti berikut: [2]
Lambang Palestin ialah helang yang dilitupi bendera Palestin, dan ia serupa dengan lambang Mesir dan Iraq dengan perbezaan warna bendera.
Lambang ini muncul pada awal era negara Ayyubiah, yang diasaskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi di Mesir selepas penghapusan khalifah Fatimiah. Ia telah menjadi simbol negara Ayyubiah sejak era Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dan mewakili kemenangan Arab.
Helang itu memandang ke kanan dengan kepalanya diangkat tinggi.
Lambang yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin serta Negara Palestin menampilkan warna pan-Arab bendera Palestin pada perisai yang diangkat oleh Helang Salahuddin. Di bawahnya terdapat skrol dengan teks Arab "فلسطين ", "Palestin".
Gubahan silihan yang menyatakan "السلطة الفلسطينية " atau "Pihak Berkuasa Palestin" telah digunakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin,[3] bersama-sama gubahan yang menyatakan "Palestin", tetapi ia telah dihentikan berikutan penaiktarafan Negara Palestin kepada status negara bukan anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. pada 29 November 2012 dan pelangnamaan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin kepada "Negeri Palestin" melalui dekri presiden pada Januari 2013.[4]
Lambang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PPP) menunjukkan bendera Palestin di atas peta "Palestin dari sungai ke segara", iaitu Palestin di bawah Mandat British (merangkumi Israel kini, Tebing Barat, dan Genting Gaza).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.