Jalan Pintasan Rawang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jalan Pintasan Rawang (bahasa Inggeris: Rawang Bypasscode: en is deprecated ), Jalan Persekutuan 37 juga dikenali sebagai Lebuhraya Rawang–Serendah, merupakan sebatang lebuh raya pintasan berkembar biayaan persekutuan di Rawang, Selangor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 9 km ini dibuka kepada lalu lintas pada 28 November 2017 jam 9.00 pm. Pembinaan Jalan Pintasan Rawang berharga RM628 juta bermula pada 16 Julai 2005 dan siap pada 21 November 2017. Ia menampilkan sebatang jejambat sepanjang 2.7-km dengan tiang tertingginya berukuran 58.2 meter.[2][3]
![]() | |
---|---|
Jalan Pintasan Rawang جالن ڤينتسن راوڠ | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 9.0 km (5.6 mi) |
Wujud | 2005–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2017[1] |
Simpang utama | |
Hujung utara | Persimpangan Serendah Selatan |
Persimpangan utama | ![]() ![]() |
Hujung selatan | Persimpangan Taman Rimba Templer |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kuala Kubu Bharu Rasa Batang Kali Antara Gapi Serendah Bukit Beruntung Bukit Sentosa Bandar Baru Selayang Selayang Batu Caves |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Pintasan Rawang FT37 dibina bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Persekutuan 1 di pusat bandar Rawang. Adalah dilaporkan bahawa masa perjalanan dari Serendah ke Selayang melalui via the Jalan Kuala Lumpur–Ipoh FT1 boleh memakan masa sehingga 2 jam susulan masalah kesesakan serius di pusat bandar Rawang.[1] Jalan Pintasan Rawang FT37 membantu mengurangkan masa perjalanan kepada hanya 30 minit.[2][1]