From Wikipedia, the free encyclopedia
Bandar Baru Selayang ialah ibu daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997, Bandar Baru Selayang juga merupakan kawasan kediaman utama di Selayang dengan beberapa kawasan perumahan. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. [perlu rujukan]
Bandar Baru Selayang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang sejak 1 Januari 1997.
Pembangunan utama di Selayang bermula pada tahun 80-an. Bandar Baru Selayang dibangunkan oleh Shah Alam Properties Sdn Bhd, yang mereka dan membangunkan tanah seluas 708 ekar sebagai pusat pembangunan baru bagi menampung limpahan Kuala Lumpur. Projek yang dilaksanakan mengandungi rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah pangsa kos rendah, beberapa unit terhad rumah bekembar dan juga pusat perniagaan beserta rumah kedai.
Selain itu, salah sebuah syarikat lain betanggungjawab memajukan Selayang adalah Bina Puri Holdings Bhd, yang membangunkan sebuah lagi medan pembangunan yang dinamakan Bukit Idaman. Bukit Idaman lebih memfokuskan kepada projek kondominium dan pangsapuri kos sederhana. Projek dimulakan pada 1986.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.