From Wikipedia, the free encyclopedia
Jalal Talabani (Kurdish: جەلال تاڵەبانی Celal Tallebanî , Arab: جلال طالباني Jalāl Ṭālabānī 12 November 1933 – 3 Oktober 2017) merupakan ahli politik Kurdis. Beliau menjadi Presiden Iraq dari tahun 2005 sehingga 2014. Walaupun Abdul Karim Qasim merupakan sebahagian keturunan Kurdis, namun Talabani menjadi Presiden Iraq pertama bukan dari keturanan Arab.[2]
Jalal Talabani | |
---|---|
جەلال حیسامەددین نورەڵڵا تاڵەبانی | |
Presiden Kurdistan | |
Dalam jawatan 7 April 2005 – 24 Julai 2014 | |
Perdana Menteri | Ibrahim al-Jaafari Nouri al-Maliki |
Naib Presiden | Adil Abdul-Mahdi Ghazi Mashal Ajil al-Yawer Tariq al-Hashimi Khodair al-Khozaei |
Didahului oleh | Ghazi Mashal Ajil al-Yawer (sementara) |
Digantikan oleh | Fuad Masum |
Presiden Majlis Memerintah Kurdistan | |
Dalam jawatan 1 November 2003 – 30 November 2003 | |
Didahului oleh | Ayad Allawi |
Digantikan oleh | Abdul Aziz al-Hakim |
Pemimpin Kesatuan Patriotik Kurdistan | |
Dalam jawatan 1 April 1975 – 3 Oktober 2017 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Kosrat Rasul Ali (pemangku) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jalal Husamuddin Talabani[1] 1933 Kelkan, Kurdistan |
Mati | 3 Oktober 2017 83–84) Berlin, Jerman | (umur
Cause of death | Cerebral hemorrhage |
Tempat semadi | Dabashan, Sulaymaniyah |
Parti politik | Parti Demokratik Kurdistan (1947–1975) Kesatuan Patriotik Kurdistan (1975–2017) |
Pasangan | Hero Ibrahim Ahmed (k. 1970) |
Anak | 2, Bafel, Qubad |
Tempat belajar | Universiti Baghdad |
Talabani merupakan pengasas dan setiausaha agung bagi salah satu parti politik utama Kurdis iaitu Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK). Beliau juga merupakan ahli tetap Dewan Pemerintahan Iraq Sementara, yang ditubuhkan berikutan penggulingan kerajaan Saddam Hussein dalam tahun 2003. Talabani telah menjadi pendokong hak dan demokrasi Kurdish di Iraq selama lebih dari 50 tahun.
Selain bahasa Kurdi, Talabani juga fasih berbahasa Arab, Parsi dan Inggeris. Beliau turut menjadi ahli Sosialis Antarabangsa.[3]
Pada 18 Disember 2012, Talabani telah mendapat angin ahmar. Satu kenyataan dari laman web rasmi Presiden menyatakan bahawa beliau sedang dirawat akibat arteri tersekat.[4][5][6] Pada 20 Disember, keadaan beliau semakin baik dan dibenarkan terbang ke Jerman untuk mendapatkan rawatan.[7][8][9][10]
Pada 3 Oktober 2017, di usia 83 tahun, Talabami telah meninggal dunia akibat pendarahan serebrum sebagai komplikasi dari strok di sebuah hospital di Berlin.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.