From Wikipedia, the free encyclopedia
John Anthony White (nama keluarga asal: Gillis, lahir 9 Julai 1975[5]) atau Jack White ialah seorang pemuzik, penggubah lagu dan penerbit rakaman dari Amerika Syarikat. Beliau terlibat dalam beberapa kugiran diasaskannya seberapa lama, terutamanya dalam The White Stripes sebagai penyanyi dan pemain gitar utama; beliau juga terkenal sebagai seorang pemuzik solo.
Jack White | |
---|---|
Kelahiran | John Anthony Gillis 9 Julai 1975[1] |
Pendidikan | Cass Technical High School |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1987–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Beliau dianggap sebagai antara tokoh pemuzik yang menghidupkan semula genre garage rock pada dekad 2000-an. Beliau telah memenangi 12 buah Anugerah Grammy. Tiga album solo karyanya juga telah mencecahtempat pertama dalam carta majalah Billboard. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau dalam antara "100 Pemain Gitar Terbaik Sepanjang Zaman" ("The 100 Greatest Guitarists of All Time") tahun 2010 pada tempat ke-70.
John Anthony Gillis[6] lahir anak bongsu sepuluh adik-beradik di Detroit, Michigan, Ibu bapanya penganut mazhab Katolik Rom[7] bekerja dalam pejabat Ketua Uskup Detroit:[8] ibunya Teresa Bandyk White berketurunan Poland[9] manakala Gorman M. Gillis[10][11] berketurunan orang Scotland yang berhijrah ke Kanada.[12][13]
MInatnya mula berputik terhadap muzik semasa waktu kecil mendengarkan muzik klasik,[14] namun beliau mula berkenan mendengar muzik rock persis The Doors, Pink Floyd dan Led Zeppelin apabila mula bersekolah.[15] Beliau turut mendengar muzik blues dan rock zaman 1960 - muzik jenis sebeginillah yang akan mempengaruhi gaya atau citarasa muzik dewasanya nanti.[8][5][16] Pada usia 15 tahun, John bekerja dengan seorang sepupu kenalan sekeluarga, Brian Muldoon, memasang kain sofa di sebuah kedai perabot;[8] di sanalah beliau diperkenalkan kepada genre punk yang didengari bersama ketika bekerja di kedai tersebut.[8][17]
Gillis mula berkenalan dengan seorang gadis iaitu Meg White, mereka mula melatih bersama-sama dengan Meg sebagai pemain dram.[8] Mereka menubuhkan kugiran The White Stripes,[18] mereka membuat persembahan pertama mereka di kelab Gold Dollar di pusat kota Detroit tidak lama kemudian.[17][19] Meskipun mereka berkahwin sebagai sepasang suami isteri, Jack dan Meg seringkali memperkenalkan diri sebagai adik-beradik.[20][21]
Meg dan Jack mengumumkan terbubarnya kugiran ini dalam laman webrasmi mereka pada 2 Februari 2011, menurut Jack - mereka tidak mahu melakukan apa-apa yang akan menjejaskan imej istimewa kerja mereka berdua.[22]
Pada tahun 2005, beliau menubuhkan kugiranThe Raconteurs bersama Brendan Benson - seorang kenalan[5] - serta Jack Lawrence dan Patrick Keeler dari kugiran Greenhornes.
Ketika beliau melakukan konsert jelajah bersama The Raconteurs, beliau kadangkalanya ada sakit tekak. Alison Mosshart, penyanyi vokal The Kills yang turut jelajah bersama White akan menggantikan beliau.[5] Mereka lama-kelamaan semakin serasi bersama dan mula membuat projek kolaborasi bersama. White dan Mosshart mengasaskan sebuah kugiran baru bernama The Dead Weather pada awal tahun 2009.
Jack mengasaskan studio rakamannya sendiri, Third Man Records, pada tahun 2001;[23] Stuido tersebut dipindahkan ke Nashville pada tahun 2009.[24]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.