From Wikipedia, the free encyclopedia
Beyoncé Giselle Knowles-Carter (/biːˈjɒnseɪ/; lahir 4 September 1981)[2][3][4][5] ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penari, dan pelakon Amerika. Dilahirkan dan dibesarkan di Houston, Texas, Beyoncé tampil di pelbagai pertandingan nyanyian dan tarian semasa zaman kanak-kanak. Beliau mencapai kemasyhuran pada akhir 1990-an sebagai penyanyi kumpulan gadis R&B Destiny's Child. Diuruskan oleh bapanya, Mathew Knowles, kumpulan itu menjadi salah satu kumpulan gadis paling terlaris dunia dalam sejarah. Tempoh rehat mereka menyaksikan filem teater sulung pertama Beyoncé di Austin Powers in Goldmember (2002) dan keluaran album sulungnya, Dangerously in Love (2003). Album itu menjadikannya sebagai artis solo di seluruh dunia, memperoleh lima Anugerah Grammy, dan menampilkan single nombor Billboard Hot 100 "Crazy in Love" dan "Baby Boy".
Beyoncé | |
---|---|
Kelahiran | Beyoncé Giselle Knowles 4 September 1981 |
Nama lain | Beyoncé Knowles-Carter |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1997–kini |
Nilai bersih | $350 juta (May 2017)[1] |
Pasangan | Shawn "Jay-Z" Carter (k. 2008) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | beyonce |
Tandatangan | |
Setelah pembubaran Destiny's Child pada tahun 2005, beliau melancarkan album solo keduanya, B'Day (2006), yang memuat single "Déjà Vu", "Irreplaceable" dan "Beautiful Liar". Beyoncé juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, dengan memperoleh pencalonan Golden Globe untuk penampilannya dalam filem Dreamgirls (2006), dan peranan utama di The Pink Panther (2006) dan Obsessed (2009). Perkahwinannya dengan penyanyi rap Jay-Z dan watak sebagai Etta James di filem Cadillac Records (2008) memberi pengaruh pada album ketiganya, I Am... Sasha Fierce (2008), di mana album menjadi tonggak lahirnya alter ego dirinya, Sasha Fierce, dan memperoleh Anugerah Grammy pada tahun 2010, termasuk Lagu Terbaik Tahun Ini untuk "Single Ladies (Put a Ring on It)". Beyoncé mengambil cuti rehat dari muzik pada tahun 2010 dan mengambil alih pengurusan kerjayanya sendiri; album selanjutnya 4 (2011) memiliki nada yang lebih lembut, menjelajahi muzik funk 1970-an, muzik pop 1980-an, dan muzik soul 1990-an.[6] Album studio kelimanya, Beyoncé (2013), diakui secara kritik dan menjadi album yang berbeza dari keluaran album terdahulunya mengetengahkan pelbagai eksperimen dalam penerbitannya dan penjelajahan tema album yang lebih gelap. Album berikutnya adalah "Lemonade" yang dikeluarkan pada 2016, dengan "formation" sebagai single utama dari album ini.
Sepanjang kerjayanya, Beyoncé telah menjual lebih kurang 100 juta rekod sebagai artis solo,[7] dan 60 juta lagi rekod dengan kumpulan Destiny's Child,[8][9] menjadikannya salah seorang artis muzik terlaris dalam sejarah.[10][11] Beliau telah memenangi 22 Anugerah Grammy dan wanita yang paling dicalonkan dalam sejarah anugerah itu. Beliau juga merupakan artis yang paling banyak menerima anugerah di MTV Video Music Awards, dengan 24 kemenangan.[12][13] Persatuan Industri Rakaman Amerika mengiktiraf Beyoncé sebagai Artis Berpensijilan Teratas di Amerika pada tahun 2000an (dekad).[14][14] Pada tahun 2009, Billboard menamakannya Top Radio Songs Artist of the Decade, Artis Wanita Teratas tahun 2000 (dekad) dan dianugerahi Anugerah Millennium mereka pada tahun 2011.[18]Pada tahun 2014, beliau menjadi pemuzik hitam bergaji tertinggi dalam sejarah dan telah disenaraikan antara 100 orang paling berpengaruh TIME di dunia untuk tahun kedua berturut-turut.[19] Forbes menyenaraikannya sebagai wanita yang paling berkuasa dalam hiburan tahun 2015,[20] dan pada 2016 beliau menduduki tempat keenam untuk Person of the Year.
Beyoncé dilahirkan di Houston, Texas sebagai anak kepada pengurus jualam Xerox, Mathew Knowles, dan pendandan rambut/pemilik salon, Celestine Ann "Tina" Beyincé.[21] Nama Beyonce adalah penghormatan kepada nama sulung ibunya.[22] Adik perempuan Beyoncé, Solange, juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Mathew berketurnan Amerika-Afrika, sedangkan Tina merupakan keturunan Louisiana Creole (yakni gabungan keturunan Afrika, Amerika Asli, Perancis, dan 1/16 Ireland).[22][23] Melalui ibunya, Beyoncé berketurunan dari pemimpin kolonial Arcadia, Joseph Broussard.[23]
Beyonce belajar di "St. Mary's Elementary School" di Fredericksburg, Texas, di mana beliau berdaftar di kelas tarian. Bakat menyanyi dirinya ditemui ketika pengajar tarian Darlette Jognson mula mendendangkan sebuah lagu dan Beyoncé menamatkan lagu tersebut, dengan nada tinggi.[24] Minat Beyoncé dalam muzik dan persembahan terus menerus selepas memenangi pertunjukan bakat sekolah pada usia tujuh tahun, menyanyikan lagu John Lennon, "Imagine", untuk mengalahkan peserta lain berusia 15 dan 16 tahun.[25][26] Pada musim gugur tahun 1990, Beyoncé mendaftar di "Parker Elementary School", sebuah sekolah muzik di Houston, di mana beliau mula berkerjasama dengan koir sekolah.[27] Beliau juga belajar di "High School for the Performing and Visual Arts"[28] dan melanjutkan ke "Alief Elsik High School".[22][29] Beyoncé juga merupakan anggota dari koir di "St. John's United Methodist Church" sebagai solois selama dua tahun.[30]
Berusia lapan tahun, Beyoncé dan rakan zaman kanak-kanaknya Kelly Rowland bertemu LaTavia Roberson semasa dalam uji bakat untuk membentuk kumpulan hiburan wanita.[31] Mereka ditempatkan dalam satu kumpulan dengan tiga gadis lain dengan nama Girl's Tyme, dan melantunkan irama rap dan menari dalam satu pameran bakat di Houston.[32] Selepas melihat persembahan kumpulan itu, penerbit muzik R & B Arne Frager membawa mereka ke studio sendiri di California Utara menempatkan mereka ke Star Search, acara bakat terbesar di TV kebangsaan pada masa itu. Girl's Tyme gagal menang, dan Beyoncé terus mengatakan bahawa lagu yang mereka persembahkan tidak baik.[33][34] Pada tahun 1995 bapa Beyoncé berhenti kerja untuk menguruskan kumpulan tersebut.[35] Langkah tersebut mengurangi pendapatan keluarga Beyoncé sehingga setengahnya, dan ibu bapanya terpaksa berpindah pangsapuri yang berbeza.[22] Mathew mengurangkan jumlah anggota awal menjadi empat dan kumpulan ini seterusnya tampil sebagai aksi pembuka untuk kumpulan wanita R&B lain yang sudah terkenal.[31] Ahli kumpulan itu mengikuti ujibakat sebelum mendapat label rakaman dan akhirnya memeterai kontrak bersama Elektra Records, kemudiannya dipindahkan ke Atlanta Records hanya dalam masa yang singkat, untuk mempersiapkan rakaman pertama mereka, dan syarikat tersebut tersebut hanya mengambil potongan dari hasil rakaman mereka.[22] Hal ini membuat ketegangan yang lebih hebat pada keluarganya, dan ibu bapa Beyoncé bercerai. Pada 5 Oktober 1995, Grass Roots Entertainment milik Dwayne Wiggins mengikat kontrak kumpulan itu. Pada 1996, kumpulan ini memulakan rakaman album pertama mereka di bawah perjanjian dengan Sony Music, keluarga Knowles bersatu semula, dan selepas itu, kumpulan mendapatkan kontrak bersama Columbia Records.[25]
Kumpulan ini bertukar nama kepada Destiny's Child pada 1996, mengambil nama sebuah bahagian dari Kitab Yesaya.[36] Pada 1997, Destiny's Child mengeluarkan lagu pertama dari label pertama mereka "Killing Time" di sebuah filem runut bunyi tahun 1997, Men in Black.[34] Tahun berikutnya, kumpulan ini melancarkan album pertama mereka,[33] menghasilkan lagu hit pertama mereka "No, No, No". Album itu menjadikan kumpulan ini sebagai artis tersibuk dalam industri muzik, dengan jualan yang besar dan memenangi tiga Anugerah Lady of Soul Train untuk Album R&B/Soul Terbaik Tahun Ini, Artis Rap Pendatang Baru Terbaik, dan Single R&B/Soul Terbaik untuk "No, No, No". Kumpulan ini melancarkan album kedua mereka, The Writing's on the Wall, pada tahun 1999, yang menerima pensijilan multi-platinum. Album yang mengandungi beberapa lagu terkenal seperti "Bills, Bills, Bills," single nombor pertama kumpulan ini, "Jumpin' Jumpin'" dan "Say My Name", yang menjadi single mereka paling berjaya pada ketika itu, dan tetap menjadi lagu khas mereka. "Say My Name" memenangi Penampilan R&B Terbaik Oleh Duo atau Kumpulan dengan Vokal dan Lagu R&B Terbaik di Anugerah Grammy ke-43.[31] The Writing's on the Wall terjual lebih dari 8 juta unit di seluruh dunia.[33] Pada masa ini, Beyoncé merakam sebuah duet dengan Marc Nelson, seorang anggota awal Boyz II Men, dalam lagu "After All Is Said and Done" untuk runut bunyi filem tahun 1999, The Best Man.[37]
LeToya Luckett dan Roberson tidak berpuas hati dengan peraturan Mathew dalam menguruskan kumpulan itu dan kemudian mereka digantikan oleh Farrah Franklin dan Michelle Williams.[31] Beyoncé tertekan kerana perpecahan kumpulan ini dengan Luckett dan Ruberson selepas diserang secara terbuka oleh media, pengkritik dan blog membincangkan punca perpecahan.[38] Pasangannya yang sudah lama bersamanya pada ketika itu meninggalkannya.[39] Kemurungan menjadi sangat buruk, berterusan selama beberapa tahun, di mana beliau sering mengunci dirinya di bilik tidur dan enggan makan apa-apa.[40] Beyoncé mengisytiharkan bahawa dia cuba membicarakan kemurungannya kerana Destiny's Child baru saja memenangi Anugerah Grammy dan beliau takut tidak ada yang menganggap dirinya serius.[41] Beyoncé kemudian berkata bahawa ibunya adalah orang yang membantu beliau melawan kemurungannya.[40] Franklin dipecat, meninggalkan Beyoncé, Rowland, dan Williams sahja.[42]
Ahli kumpulan itu merakamkan "Independent Women Part I", yang muncul dalam runut bunyi filem tahun 2000, Charlie's Angels. Lagu menjadi single terbaik di carta lagu, memuncak di carta lagu Amerika Syarikat Billboard Hot 100 selama sebelas minggu berturut-turut.[31] Pada awal 2001, ketika Destiny's Child menyiapkan album ketiga mereka, Beyoncé mendapat sebuah peranan besar dalam filem televisyen MTV, Carmen: A Hip Hopera, yang dibintangi bersama pelakon A.S. Mekhi Phifer. Bertempat di Philadelphia, filem ini merupakan sebuah interpretasi moden opera abad ke-19 Carmen oleh komposer Perancis Georges Bizet.[43] Ketika album ketiga Survivor dikeluarkan pada Mei 2001, Luckett dan Roberson memfailkan tuntutan mahkamah yang menyatakan bahawa lagu itu ditujukan kepada mereka.[31] Album itu bermula minggu pertama di nombor satu di carta album Billboard 200 AS, dengan jualan sebanyak 663,000 salinan.[44] Album ini melancarkan single, "Bootylicious" dan trek yang berjudul sama dengan nama album, "Survivor", di mana "Survivor" memenangi kumpulan sebuah Anugerah Grammy untuk Penampilan R&B Terbaik Oleh Duo atau Kumpulan dengan Vokal.[45] Setelah melancarkan album Krismas mereka 8 Days of Christmas pada Oktober 2001, Destiny's Child mengumumkan akan mengambil cuti rehat bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya solo masing-masing.[31]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.