Perdana Menteri New Zealand dari 2017 hingga 2023 From Wikipedia, the free encyclopedia
Dame Jacinda Kate Laurell Ardern[1] GNZM ([dʒəˈsɪndə ˈɑrdɜrn][2] atau [jĕ.sin.dĕ ar-dérn], lahir 26 Julai 1980) merupakan ahli politik New Zealand yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-40 negara tersebut dan ketua Parti Buruh New Zealand dari 2017 hingga 2023. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Mount Albert dari 2017 sehingga 2023.[3]
Dame Jacinda Ardern GNZM | |
---|---|
Perdana Menteri New Zealand ke-40 | |
Dalam jawatan 26 Oktober 2017 – 25 Januari 2023 | |
Raja | Elizabeth II Charles III |
Gabenor Jeneral | Patsy Reddy Cindy Kiro |
Timbalan | Winston Peters Grant Robertson |
Didahului oleh | Bill English |
Digantikan oleh | Chris Hipkins |
Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2017 – 26 Oktober 2017 | |
Timbalan | Kelvin Davis |
Didahului oleh | Andrew Little |
Digantikan oleh | Bill English |
Ketua Parti Buruh | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2017 – 22 Januari 2023 | |
Timbalan | Kelvin Davis |
Didahului oleh | Andrew Little |
Digantikan oleh | Chris Hipkins |
Anggota Parlimen New Zealand untuk Mount Albert | |
Dalam jawatan 8 Mac 2017 – 15 April 2023 | |
Didahului oleh | David Shearer |
Digantikan oleh | Helen White |
Timbalan Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 7 Mac 2017 – 1 Ogos 2017 | |
Pemimpin | Andrew Little |
Didahului oleh | Annette King |
Digantikan oleh | Kelvin Davis |
Timbalan Ketua Parti Buruh | |
Dalam jawatan 1 Mac 2017 – 1 Ogos 2017 | |
Pemimpin | Andrew Little |
Didahului oleh | Annette King |
Digantikan oleh | Kelvin Davis |
Anggota Parlimen New Zealand untuk Senarai ahli Parlimen dari Parti Buruh | |
Dalam jawatan 8 November 2008 – 8 Mac 2017 | |
Digantikan oleh | Raymond Huo |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jacinda Kate Laurell Ardern 26 Julai 1980 Hamilton, New Zealand |
Parti politik | Parti Buruh |
Rakan kongsi domestik | Clarke Gayford |
Ibu bapa | Ross Ardern (ayah) |
Alma mater | Universiti Waikato |
Laman web rasmi | Official website |
Pada 19 Januari 2023, Ardern mengumumkan akan meletak jawatan selaku Ketua Parti Buruh New Zealand. Pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu. Beliau pada sebelumnya dijangka akan mengosongkan jawatan Perdana Menteri selewat-lewatnya 7 Februari. Sungguhpun begitu, pengganti beliau telah dipilih selang beberapa hari selepas pengumuman itu dibuat.
Beliau digantikan oleh Chris Hipkins selaku Ketua Parti Buruh yang baharu pada 25 Januari 2023.
Beliau menggambarkan dirinya berfahaman demokrat sosial[4] dan seorang progresif.[5] Sebagai penyokong gerakan buruh, beliau membangkang potongan cukai untuk golongan berpendapatan tinggi seperti yang disokong oleh Parti Nasional,[6] dan menyokong sebuah negara kebajikan yang menyediakan jariangan keselamatan untuk "mereka yang tidak mampu menyokong diri mereka".[4] Dalam isu budaya pula, Ardern menyokong perkahwinan sama jantina, setelah mengundi memihak kepada undang-undang kesetaraan perkahwinan pada tahun 2013,[7] dan menyokong liberalisasi undang-undang pengguguran.[8]
Selepas tamat belajar di Universiti Waikato pada tahun 2001, Ardern memulakan kerjayanya sebagai penyelidik di pejabat Perdana Menteri Helen Clark. Beliau kemudiannya bekerja di United Kingdom sebagai penasihat polisi kepada Perdana Menteri negara tersebut Tony Blair,[9] dan, pada tahun 2008, beliau dipilih menjadi Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuda Sosialis.[10]
Beliau menjadi ahli Parlimen bagi Mount Albert sejak 8 Mac 2017. Beliau telah dipilih secara sebulat suara sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh pada 1 Mac 2017 berikutan peletakan jawatan Annette King.
Beliau menjadi ketua Parti Buruh pada 1 Ogos 2017 apabila Andrew Little meletak jawatan berikutan keputusan undian yang rendah dalam sejarah parti tersebut.[11] Di bawah kepimpinan beliau, Parti Buruh mendahului saingan kerap mereka, Parti Nasional, untuk pertama kali dalam dua belas tahun. Dalam pilihan raya umum 2017 pada 23 September 2017, Parti Buruh memenangi 46 kerusi, meletakkannya di belakang Parti Kebangsaan di bawah Bill English yang memenangi 56 kerusi.[12] Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas Parti New Zealand First pimpinan Winston Peters mengumumkan bahawa parti tersebut akan menubuhkan kerajaan gabungan dengan Parti Buruh bersama sokongan Parti Hijau.[13]
Pada 19 Januari 2018, Ardern beliau mengumumkan bahawa beliau mengandung anak pertamanya dan beliau bakal bersalin pada bulan Jun tahun yang sama.[14] Beliau dimasukkan ke Hospital Bandar Daya Auckland siiiringi pasangannya, Clarke Gayford, pada pukul 5:50 pagi waktu tempatan 21 Jun 2018;[15] di mana beliau melahirkan seorang anak perempuan pada pukul 4:45 petang hari sama.[16][17] Beliau menjadi ketua pemerintah dilantik kedua yang bersalin semasa jawatan beliau (selepas Benazir Bhutto di Pakistan pada tahun 1990).[17]
Pada 15 Mac 2019, 51 orang ditembak mati di buah dua masjid di Christchurch. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, Ardern mengucapkan takziah dan menegaskan motif penembakan suspek ber"pandangan ekstrem" yang tidak mempunyai tempat di New Zealand, atau di mana sahaja di dunia.[20] Dia juga menyatakan sebagai satu rancangan serangan pengganas yang baik.[21]
Sebagai tindak balas kepada penembakan, Ardern mengumumkan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan peraturan senjata api yang lebih kuat.[22] Dia berkata serangan itu telah mendedahkan pelbagai kelemahan dalam undang-undang senjata api New Zealand.[23] Mengumumkan masa berkabung negara, Ardern adalah penandatangan pertama sebuah buku nota peringatan yang dibuka di ibu negara, Wellington.[24] Beliau juga melawat ke Christchurch untuk bertemu responden pertama dan keluarga mangsa.[25] Ardern menerima pujian antarabangsa untuk responnya terhadap serangan pengganas,[26][27][28][29] dan gambarnya menenangkan anggota komuniti Muslim Christchurch dengan perkataan "damai" dalam Bahasa Inggeris dan Arab dipaparkan di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia.[30] Mural 25 meter gambar ini telah dipaparkan pada Mei 2019.[31] Apabila New Zealand memulakan komisen diraja untuk menyiasat serangan itu, beliau menyatakan, "Ia akan melihat tindakan SIS (Security Intelligence Service), GCSB (Biro Keselamatan Komunikasi Kerajaan), polis, kastam, imigresen dan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan".[32]
Menurut Menteri Pertahanan Sri Lanka, Ruwan Wijewardene, Pengeboman Easter Sri Lanka 2019 adalah tindak balas untuk serangan Christchurch.[33] Bagaimanapun, hal ini telah diragui Ardern kerana serangan itu mungkin dirancang sebelum serangan Christchurch.[34]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.