J
huruf kesepuluh abjad Rumi / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat J (nyahkekaburan).
J ialah huruf kesepuluh dalam abjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf sepanjang sejarah pembangunan abjad tersebut.
![]() |
Cari J atau J dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...
Tutup
Ia melambangkan bunyi konsonan letusan lelangit-gusi bersuara /dʒ/ diaturkan dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihak Malaysia dan Indonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972. Sebelum itu, huruf ini digunakan dalam sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia melambangkan malaran tak geser lelangit /j/ yang digantikan seragam menggunakan huruf Y.[1] Penutur di Malaysia cenderung menyebut huruf ini sebagai jei mengikut bahasa Inggeris (disebut /dʒeɪ/)[2][3] manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai "je"[4] (jé, /dʒe/).