Isham Jalil
Pranav pathri / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil, ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di bawah pimpinan Presiden Ahmad Zahid Hamidi sejak Jun 2022. [1] Pada November 2022, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Shahril Sufian Hamdan yang telah meletakkan jawatan.[2] Pada pemilihan UMNO tahun 2022, Isham telah bertanding ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan telah menang dengan majoriti undi di 101 bahagian UMNO di seluruh negara. Pada 6 Disember 2023, Isham telah dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Perkara itu dimaklumkan seorang pemimpin UMNO yang turut hadir pada mesyuarat MKT UMNO malam tadi, namun meminta namanya tidak disiarkan. [3]
Isham Jalil | |
---|---|
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | |
Dalam jawatan 24 Jun 2022 ā 6 Disember 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Ketua Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | |
Dalam jawatan 20 November 2022 ā 21 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Shahril Sufian Hamdan |
Digantikan oleh | Azalina Othman |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hizatul Isham bin Abdul Jalil Selangor, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Alma mater | Universiti Bristol The Wharton School (MBA) Universiti Harvard (MPA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web rasmi | Biodata TikTok |