Simbol Wilayah Persekutuan Labuan merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di WP Labuan bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.
Bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan.
Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati falsafah Rukun Negara.
Warna biru melambangkan ketegasan Perbadanan Labuan untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial. Warna jingga pula melambangkan keceriaan Perbadanan dalam memperkembangkan kesenian, budaya, sukan dan aktiviti rekreasi.