ISO 8601
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
ISO 8601 Data elements and interchange formats – Information interchange – Representation of dates and times merupakan piawaian antarabangsa yang meliputi pertukaran data-data berkenaan tarikh dan waktu. Ia dikeluarkan oleh International Organization for Standardization (ISO) dan mula-mula diterbitkan pada tahun 1988. Piawaian ini bertujuan menyediakan kaedah yang jelas dan jitu untuk menyatakan tarikh dan waktu demi mengelakkan salah tafsir pernyataan tarikh dan waktu bernombor, terutama sekali apabila data dipindahkan antara negara yang berbeza-beza amalannya untuk menulis tarikh dan waktu bernombor.
Piawaian ini menyusun atur data supaya tempoh masa terbesar (iaitu tahun) muncul paling awal dalam rentetan data dan beransur-ansur mengecil hinggalah tempoh terkecil (iaitu saat). Ia juga menyediakan kaedah yang terselaras untuk menyampaikan maklumat berasaskan masa merentas zon waktu dengan melampirkan ofset pada Waktu Semesta Berkoordinat (UTC).[1]
Tarikh dan waktu (semasa halaman dipaparkan) yang diungkapkan mengikut ISO 8601: | |
---|---|
Tarikh | 2024-07-17 |
Gabungan tarikh dan waktu dalam UTC: | 2024-07-17T17:40Z |
Tarikh dengan turutan minggu: | 2024-W29-3 |
Tarikh ordinal: | 2024-199 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.