From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam anatomi, kepala (Jawi: كڤالا) atau hulu (Jawi: هولو) ialah bahagian rostral (menurut istilah lokasi anatomi) yang biasanya terdiri daripada otak, mata, telinga, hidung, dan mulut yang kesemuanya membantu pelbagai fungsi deria seperti penglihatan, pendengaran, hidu, dan sentuhan. Beberapa haiwan yang sangat sederhana tidak memiliki kepala, tetapi haiwan yang berbentuk simetri bilateral lazimnya memiliki kepala.
Perkataan kepala meminjam Sanskrit: कपाल kapāla yang bermaksud "tengkorak",[1] manakala hulu pula kata Melayu asli turunan akar Austronesia *quluh.[2][3]
Dalam masyarakat penutur bahasa Austronesia termasuk bahasa Melayu, "hulu" dan "kepala" dilanjutkan maksudnya dengan penungkapan berkaitan benda yang puncak, pertama atau bertitik mula.[4] Misalnya, "hulu" itu boleh dimaksudkan kepada pemegang sesebuah keris (hulu keris), seseorang berkuasa mengetuai sesebuah kelompok (penghulu), bahagian atas sebatang sungai (hulu sungai)[5] atau masa yang telah berlaku (dahulu); manakala "kepala" pula boleh dimaksudkan kepada bahagian atau lapisan teratas sesuatu permukaan (kepala kain) mahupun cecair (kepala susu).[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.