From Wikipedia, the free encyclopedia
Hormon pertumbuhan atau somatotropin ialah suatu hormon peptida yang menggalakkan pertumbuhan, pembiakan sel serta penjanaan semula sel dalam manusia dan haiwan-haiwan lain. Ini ialah hormon yang penting dalam perkembangan manusia. Hormon ini juga merangsang penghasilan IGF-1 dan meningkatkan kepekatan glukosa dan asid lemak bebas.[1][2] Ia ialah sejenis mitogen yang dikhususkan terhadap reseptor di sel-sel tertentu. Hormon pertumbuhan ialah suat asid amino, suatu polipeptida rantai tunggal yang dihasilkan, disimpan dan dirembeskan oleh sel somatotropik di kawasan lateral kelenjar pituitari anterior.
Suatu bentuk rekombinan hormon pertumbuhan dipanggil sebagai somatropin (INN), dan digunakan sebagai ubat untuk merawat masalah tumbesaran kanak-kanan dan kekurangan hormon pertumbuhan pada dewasan. Walau bagaimanapun, kebanyakan fungsi hormon jenis ini masih tidak diketahui.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.