Homs
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hims (Arab: حمص , Ḥims, juga disebut eja sebagai Homs dan nama kunonya disebut "Emesa"[5] (Yunani: ἡ Ἔμεσα ) adalah sebuah bandar di barat Syria dan ibu kota bagi Kegabenoran Homs. Ia mempunyai ketinggian 501 meter (1,644 ka) dari paras laut dan terletak 162 kilometer (101 bt) di utara kota Damsyik.[6] Terletak berdekatan Sungai Orontes, Hims juga merupakan pusat yang menghubungkan bandar-bandar kecil di persisiran pantai Laut Mediterranean.
Homs
حِمْص | |||||
---|---|---|---|---|---|
Bandar | |||||
Nama panggilan: Mother of the black stones (أم الحجار السود )[1] Al-'Adhiyyah (الْعَذِيَّة )[a] The city of Ibn Al-Walid (مدينة ابن الوليد ) The House of Peace (دار السلام )[perlu rujukan] | |||||
Koordinat: 34°43′51″N 36°42′34″E | |||||
Negara | Syria | ||||
Kegabenoran | Kegabenoran Homs | ||||
Daerah | Daerah Homs | ||||
Mukim | Mukim Homs | ||||
Mula-mula diselesaikan | 2000 SM | ||||
Pentadbiran | |||||
• Gabenor | Namir Habib Makhlouf[3] | ||||
• Datuk Bandar | Abdullah Al-Bawab | ||||
Keluasan | |||||
• Bandar | 48 km2 (19 batu persegi) | ||||
• Bandar | 76 km2 (29 batu persegi) | ||||
• Metro | 104 km2 (40 batu persegi) | ||||
Aras | 501 m (1,644 ft) | ||||
Penduduk (2017, anggaran) | |||||
• Bandar | 775,404[4] | ||||
Demonim | bahasa Inggeris: Homsi Arab: حمصي, rumi: Himsi | ||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||
Kod kawasan | Kod negara: 963 Kod bandar: 31 | ||||
Geocode | C2528 | ||||
Iklim | Csa |
Hims tidak disinari sejarah sehingga kurun pertama BCE semasa zaman Empayar Seleucid. Ia kemudian menjadi ibu kota bagi sebuah kerajaan yang diperintah oleh dinasti Emesani yang mana kota ini mendapat namanya. Awalnya, ia adalah sebuah pusat penyembahan orang pagan untuk Tuhan Matahari, El-Gabal, ia kemudian menjadi penting dalam dunia Kristian di bawah Byzantine. Ia kemudian ditakluk oleh empayar Islam pada kurun ke-7 dan dijadikan ibu kota bagi sebuah daerah. Sepanjang era Islam, dinasti-dinasti Islam bertarung untuk mengawal Syria cuba untuk menakluk Hims di sebabkan kedudukan strategiknya di kawasan ini. Kepentingannya mula menurun di bawah empayar Uthmaniyyah dan hanya pada kurun ke-19 kota ini mendapat kembali kepentingan ekonominya apabila industri kapas melonjak.
Pada hari ini, Hims adalah pusat industri terpenting di Syria, dengan kepadatan penduduk berjumlah kira-kira 823,000 orang, ia juga merupakan bandar ketiga terbesar di Syria. Populasi penduduknya bergantung juga kepada diversiti agama rasmi iatu agama Islam dan Kristian, majoriti dari penduduknya berbangsa Arab Syria yang mengamalkan pertuturan Arab dalam perbualan seharian. Penduduknya ramai yang beragama Islam Sunnah, serta penduduk yang beragama minoriti Kristian. Kota ini dipenuhi dengan banyak binaan masjid dan gereja yang terdekat adalah Krak des Chevaliers, adalah merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.