Hindia Timur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hindia Timur merupakan istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada Kepulauan Melayu [1], berbanding dengan Hindia Barat, yang merujuk kepada Caribbean. Kadangkala Hindia Timur juga digunakan untuk merujuk kepada Asia Selatan dan Tenggara, yang terdiri dari semua bekas India British: India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Maldives, dan juga Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Hindia Timur juga boleh merangkumi Indochina, Filipina, Brunei, Singapura dan Timor Leste. Namun Hindia Timur tidak termasuk Papua (New Guinea Barat), yang sebahagian daripada Melanesia.
Hindia Timur sering dinamakan mengikut penjajah mereka, justeru Hindia Timur British ialah India dan Malaysia, Hindia Timur Belanda ialah Indonesia, manakala Hindia Timur Sepanyol ialah Filipina.