penyanyi-penulis lagu Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Hikaru Utada (宇多田ヒカル Utada Hikaru) atau sering dipanggil Hikki merupakan seorang penyanyi wanita yang popular di Jepun. Utada dilahirkan di Amerika Syarikat pada 19 Januari1983. Bapanya, Utada Teruzane, ialah seorang penerbit manakala ibunya, Utada Junko, merupakan seorang penyanyi.Sejak melepaskan debut album Jepun beliau iaitu First Love yang menjadi album paling laris dalam sejarah Oricon.[1] Hikaru mempunyai tiga daripada album Jepun beliau dalam senarai Top 10 album terlaris di Jepun (nombor 1,4,8).[2] Lagu beliau dianggarkan telah dijual melebihi 52 juta rekod di seluruh dunia.[3]
Hikaru Utada | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Utada Hikaru 宇多田 ヒカル |
Juga dikenali sebagai | Utada, Hikki, Cubic U |
Berasal dari | Bandar Raya New York, New York, A.S. |
Genre | Pop, Britpop, dance, J-Pop, R&B, hip hop, rock |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penerbit, komposer |
Instrumen | Vokal, gitar, piano |
Tahun aktif | 1993–2011 (dihentikan) |
Syarikat rakaman | EMI Universal Island |
Pengkarya berkait | Keiko Fuji |
Laman sesawang | EMI Music www.utada.com U3 Music (Blog Peribadi) |
Tambahan pula, Hikaru kini dikenali di barat kerana membuat dua lagu tema untuk permainan video iaitu Kingdom Hearts, Simple And Clean (yang ditulis semula dalam bahasa Inggeris bagi single yang ke-10nya iaitu Hikari) dan juga untuk Kingdom Hearts II, Sanctuary (yang kemudiannya dirakam semula dengan lirik versi bahasa Jepun iaitu Passion untuk Kingdom Hearts II versi Jepun). Pada tahun 2007, single beliau iaitu Flavor Of Life mencapai nombor ke-2 dalam carta di seluruh dunia bagi muat turun digital tahunan dengan lebih 7.2 juta muat turun.
Hikaru bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, malah dia juga terkenal sebagai seorang juara permainan video Tetris, dan pernah memperoleh markah sejumlah 99,999,999 dalam mod Endless dalam permainan Tetris DS. Utada juga merupakan duta rasmi bagi syarikat Nintendo.[perlu rujukan]
Pada 7 September 2002, Hikaru berkahwin dengan Kazuaki Kiriya, seorang jurugambar dan seorang pengarah filem Casshern yang telah mengarah beberapa video muzik beliau. Tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Selepas empat setengah tahun perkahwinan, pasangan itu mengumumkan perceraian mereka (yang menjadi rasmi pada 2 Mac 2007) kerana tidak memiliki pandangan yang sama dan juga kekurangan komunikasi antara satu sama lain disebabkan kesibukan kerjaya mereka.
Pada 22 Ogos 2013,Ibu Utada Hikaru, Keiko Fuji yang merupakan seorang penyanyi enka Jepun mati kerana telah bunuh diri dengan cara terjun di kondominium di Shinjuku,Jepun dari tingkat 13.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.