Hermann Göring
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hermann Wilhelm Göring (atau Goering;bahasa Jerman: [ˈɡøːʁɪŋ] ( dengar); 12 Januari 1893 – 15 Oktober 1946), ialah seorang ahli politik Jerman, pemimpin tentera, anggota utama Parti Nazi (NSDAP) dan secara rasminya pemimpin kedua bagi Reich Ketiga selepas Adolf Hitler. Seorang juruterbang pesawat pejuang ace dalam Perang Dunia Pertama, beliau adalah penerima pingat Pour le Merite yang didambakan, juga dikenali sebagai "Blue Max".Beliau merupakan komander terakhir Jagdgeschwader 1, unit sayap pejuang yang pernah dipimpin oleh Manfred von Richthofen, dikenali sebagai "Red Baron".
Reichsmarschall Hermann Göring | |
---|---|
Presiden Reichstag | |
Dalam jawatan 30 Ogos 1932 – 23 April 1945 | |
Presiden | |
Canselor | Senarai
|
Didahului oleh | Paul Löbe |
Digantikan oleh | tiada, jawatan dimansuhkan |
Naib Canselor Jerman | |
Dalam jawatan 10 Februari 1941 – 23 April 1945 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Franz von Papen |
Digantikan oleh | Franz Blücher |
Ketua Menteri Prusia | |
Dalam jawatan 10 April 1933[1] – 23 April 1945 | |
Gabenor |
|
Didahului oleh | Franz von Papen |
Digantikan oleh | Prusia dibubarkan |
Reichsstatthalter Prusia (Pemangku) | |
Dalam jawatan 30 Januari 1935 – 23 April 1945 | |
Perdana Menteri | Diri sendiri |
Didahului oleh | Adolf Hitler |
Digantikan oleh | Prusia dibubarkan |
Menteri Ekonomi Reich | |
Dalam jawatan 26 November 1937 – 15 Januari 1938 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Walther Funk |
Menteri Penerbangan Reich | |
Dalam jawatan 27 April 1933 – 23 April 1945 | |
Presiden | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Posisi baru |
Digantikan oleh | Robert Ritter von Greim |
Menteri Perhutanan Reich | |
Dalam jawatan Julai 1934 – 23 April 1945 | |
Presiden | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Tiada |
Panglima Besar Tentera Udara Jerman | |
Dalam jawatan 1 Mac 1935 – 23 April 1945 | |
Presiden | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Posisi baru |
Digantikan oleh | Robert Ritter von Greim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hermann Wilhelm Göring (1893-01-12)12 Januari 1893[2] Rosenheim, Bavaria, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 15 Oktober 1946(1946-10-15) (umur 53)[3] Nuremberg, Jerman (Bunuh diri dengan racun) |
Parti politik | Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Parti Nazi) (1922–1945) |
Pasangan |
|
Anak-anak | Edda Göring |
Pekerjaan | Tentera, Juruterbang, Ahli Politik |
Kabinet | Kabinet Hitler |
Anugerah | Senarai
|
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan |
|
Perkhidmatan/cawangan | |
Tahun perkhidmatan |
|
Pangkat | Senarai
|
Perkhidmatan | Luftwaffe (1935–1945) |
Pertempuran |
|
Seorang ahli NSDAP sejak awalnya lagi, Göring tercedera pada tahun 1923 semasa rampasan kuasa yang gagal yang dikenali sebagai Beer Hall Putsch. Beliau menjadi penagih kekal morfin selepas dirawat dengan dadah tersebut bagi kecederaannya. Selepas membantu Adolf Hitler mengambil kuasa pada tahun 1933, beliau menjadi orang kedua paling berkuasa di Jerman. Beliau mengasaskan Gestapo pada tahun 1933. Göring dilantik sebagai panglima tertinggi Luftwaffe (tentera udara) pada tahun 1935, jawatan yang dipegangnya sehingga hari terakhir Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1940 beliau berada di kemuncak kuasa dan pengaruhnya; sebagai menteri yang memimpin Rancangan Empat Tahun, beliau bertanggungjawab bagi kebanyakan fungsi ekonomi Jerman semasa pembinaannya hingga Perang Dunia Kedua. Hitler menaikkan pangkatnya ke Reichsmarschall, iaitu pangkat paling kanan berbanding semua panglima Wehrmacht yang lain, dan pada tahun 1941 Hitler melantik beliau sebagai pengganti dan timbalannya bagi semua jawatannya.
Menjelang tahun 1942 hubungan baik Goring dengan Hitler semakin merosot, ini disebabkan Luftwaffe gagal mencapai komitmennya dan gerakan perang Jerman terhalang di kedua-dua barisan. Oleh itu Goring berundur seketika daripada tabir tentera serta politik dan memberi tumpuan kepada pemerolehan harta dan karya seni, yang kebanyakkannya dirampas dari orang yahudi yang menjadi mangsa Holocaust. Dimaklumkan pada 22 April 1945 yang Hitler merancang untuk membunuh diri, Goring menghantar sekeping telegram kepada Hitler memohon untuk mengambil alih pemerintahan Reich. Melihat ia satu tindakan pengkhianatan, Hitler memecat Goring daripada semua jawatan serta parti dan mengarahkan penangkapannya. Selepas Perang Dunia II, Goring telah disabitkan dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Perbicaraan Nuremberg; beliau merupakan pegawai tertinggi Nazi yang dibicarakan disana. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati tetapi membunuh diri dengan meminum racun sianida pada malam sebelum hukuman mati dijalankan.