Franz von Papen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Franz von Papen (bahasa Jerman: [ˈfʁants fɔn ˈpaːpən] ( dengar); 29 Oktober 1879 – 2 Mei 1969) adalah seorang bangsawan Jerman, pegawai Staf Am dan ahli politik. Beliau berkhidmat sebagai Canselor Jerman pada tahun 1932 dan sebagai Naib Canselor dibawah Adolf Hitler pada tahun 1933–34. Beliau adalah ahli kumpulan penasihat rapat kepada Presiden Paul von Hindenburg pada penghujung Republik Weimar. Apabila Papen percaya yang Hitler boleh dikawal sejurus dia berada didalam kerajaan, beliau memujuk Hindenburg untuk melantik Hitler sebagai Canselor dalam sebuah kabinet yang bukan dibawah penguasaan Parti Nazi. Bagaimanapun, Papen dan sekutu-sekutunya dengan cepat dipinggirkan oleh Hitler dan beliau meninggalkan kerajaan selepas peristiwa Malam Pisau Panjang, di mana beberapa pengikutnya telah dibunuh oleh pihak Nazi.
Franz von Papen | |
---|---|
Canselor Jerman Republik Weimar | |
Dalam jawatan 1 Jun 1932 – 17 November 1932 | |
Presiden | Paul von Hindenburg |
Didahului oleh | Heinrich Brüning |
Digantikan oleh | Kurt von Schleicher |
Naib Canselor Jerman | |
Dalam jawatan 30 Januari 1933 – 7 Ogos 1934 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Hermann R. Dietrich |
Digantikan oleh | Hermann Göring (1941) |
Ketua Menteri Prusia Ke-26 (de facto) | |
Dalam jawatan 30 Januari 1933 – 10 April 1933 | |
Didahului oleh | Kurt von Schleicher |
Digantikan oleh | Hermann Göring |
Dalam jawatan 20 Julai 1932 – 3 Disember 1932 | |
Didahului oleh | Otto Braun |
Digantikan oleh | Kurt von Schleicher |
Butiran peribadi | |
Lahir | Franz Joseph Hermann Michael Maria von Papen zu Köningen (1879-10-29)29 Oktober 1879 Werl, Jerman |
Meninggal dunia | 2 Mei 1969(1969-05-02) (umur 89) Obersasbach, Jerman Barat |
Tempat persemadian | Wallerfangen, Jerman |
Parti politik | Zentrum (1918–1932) Bebas (1932–1945) |
Pasangan | Martha von Boch-Galhau (k. 1905; her d. 1961) |
Anak-anak | Friedrich Franz Antoinette Margaretha Isabella Stefanie |
Alma mater | Akademi Tentera Prusia |
Profesion | Diplomat, pegawai tentera |
Kabinet | Kabinet Hitler |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Empayar Jerman |
Pangkat | Mejar Atase tentera |
Pertempuran | Perang Dunia I |