From Wikipedia, the free encyclopedia
Malam Pisau Panjang (Night of the Long Knives) (Jerman: Nacht der langen Messer (bantuan·maklumat)), kadangkala dikenali sebagai Operasi Kolibri (bahasa Inggeris: Operatrion Hummingbird ) atau, di Jerman, Putsch Röhm (Ejaan Jerman: [Röhm-Putsch] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), atau kadangkala dengan nada mengejek [Reichsmordwoche] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan),[1] adalah satu peristiwa penyingkiran yang berlaku di Jerman dari 30 Jun hingga 2 Julai, 1934, apabila rejim Nazi melaksanakan satu siri pembunuhan politik. Tokoh-tokoh utama puak sayap kiri Parti Buruh Nasional-Sosialis Jerman (NSDAP) bersama pemimpin bonekanya Gregor Strasser telah dibunuh, begitu juga pengikut-pengikut konservatif terkenal anti-Nazi (seperti bekas Kanselor Kurt von Schleicher dan Gustav Ritter von Kahr, yang telah menyekat percubaan merampas kuasa Republik Weimar oleh NSDAP pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1923). Ramai daripada mereka yang terbunuh dalam kalangan golongan Sturmabteilung, pasukan separa tentera NSDAP.
Hitler bertindak menentang SA dan pemimpinnya, Ernst Röhm, kerana beliau melihat kebebasan SA dan kecenderungan ahli-ahlinya untuk membuat keganasan jalanan sebagai satu ancaman terus kepada kuasa politik yang baru diperolehi. Hitler juga mahu menenteramkan pemimpin-pemimpin Reichswehr, iaitu tentera rasmi Jerman yang menakuti dan membenci SA-kerana cita-cita Röhm untuk menyerap Reichswehr ke dalam SA di bawah kepimpinannya sendiri. Selain itu, Hitler tidak selesa dengan sokongan lantang Röhm bagi mendapatkan "revolusi kedua" untuk mengagihkan semula kekayaan (dalam pandangan Röhm, Presiden Hindenburg melantik Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933 telah mencapai revolusi "kebangsaan" tetapi ada motif "sosialistik" yang tidak dipenuhi dalam Sosialisme Nasional). Akhir sekali, Hitler menggunakan operasi penyingkiran itu untuk menyerang atau menghapuskan pengkritik rejim barunya, terutama yang setia kepada Naib Kanselor Franz von Papen, dan juga untuk menyelesaikan perhitungan dengan musuh-musuh lama.[lower-alpha 1]
Sekurang-kurangnya 85 orang maut dalam operasi tersebut, walaupun angka kematian akhir mungkin bertambah beratus-ratus orang,[lower-alpha 2][lower-alpha 3] dan lebih daripada seribu orang penentang telah ditangkap.[2] Kebanyakan pembunuhan itu telah dilakukan oleh Schutzstaffel (SS) dan Gestapo (Geheime Staatspolizei), polis rahsia rejim. Operasi penyingkiran itu mengukuhkan sokongan Reichswehr kepada Hitler. Ia juga memberikan kekuatan undang-undang kepada rejim Nazi, kerana mahkamah dan kabinet Jerman dengan cepat mengenepikan larangan undang-undang selama berabad-abad terhadap pembunuhan tanpa kebenaran undang-undang untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada rejim. Malam Pisau Panjang merupakan titik perubahan bagi kerajaan Jerman. Ia menjadikan Hitler sebagai "hakim tertinggi rakyat Jerman," seperti yang dikatakan di dalam ucapannya pada 13 Julai 1934 kepada Reichstag.
Presiden Republik Weimar Paul von Hindenburg melantik Adolf Hitler sebagai Kanselornys pada 30 Januari 1933.[lower-alpha 4] Hitler mula menumpukan kepada pelaksanaan mengukuhkan kekuasaannya sebagai pemerintah langsung Jerman dalam beberapa bulan berikutnya (Gleichschaltung) - sistem Reichstag sebagai suatu badan perundangan dibubarkan[lower-alpha 5] sambil partai-partai politik yang sedia ada di Jerman turut diisytiharkan haram olehnya, Jerman menjadi suatu negara ekaparti di bawah pemerintahannya.
Pada jam 04:30 pagi tanggal 30 Jun 1934, pasukan pimpinan Hitler berlepas ke München di mana dari sana mereka ke bangunan Kementerian Dalam Negeri Bavaria untuk mengumpulkan anggota-anggota Sturmabteilung yang merusuh di kota tersebut malam sebelumnya. Ketua Polis kota tersebut, August Schneidhuber, dimarahi keras Hitler atas kegagalannya mengawal keadaan, malah Hitler menuduhnya membelot;[3] Schneidhuber dipenjarakan serta dihukum mati beberapa lama kemudian.
Hitler mengarahkan sebilangan polis dan pegawai Schutzstaffel ke Hotel Hanselbauer, tempat penginapan Röhm dan para pengikutnya. Ketua SA Breslau, Edmund Heines dengan seorang peneman yang juga seorang ketua kanan pasukan SA ditahan dan ditembak mati.[3] Pihak Schultzstaffel turut menahan anggota-anggota SA yang hendak berangkat menghadiri perjumpaan bersama Röhm dan Hitler.[4]
Sementara di Berlin, timbalan Hitler, Hermann Göring mmeberikan arahan menyerbu pejabat Timbalan Kanselor, Franz von Papen. Setiausaha Papen Herbert von Bose segera dibunuh pegawai Gestapo Beberapa sekutu Papen seperti Edgar Jung dan Erich Klausener turut ditahan dan dibunuh mereka.[5][3]
Kurt von Schleicher - pemegang jawatan Kaselor terdahulu sebelum Hitler - dan isterinya dibunuh di kediaman persendiriannya serta juga Gustav Ritter von Kahr, pesuruhjaya negeri Bavaria yang berjaya menumpaskan percubaan kudeta Hitler ke atas pemerintah Republik Weimar tahun 1923.[6]
Ernst Röhm ditahan sementara di Penjara Stadelheim[lower-alpha 6] sambil Hitler memutuskan nasibnya. Adolf akhirnya putuskan Röhm mesti dibunuh. Theodor Eicke dan Michel Lippert dari Schutzstaffel diarahkan Hitler mengutuskan sepatah dua kata kepada Röhm. Setibanya di sana, mereka memberikannya sepucuk pistol Browning untuk Röhm membunuh diri dalam suatu masa ditetapkan. with Röhm dengan keras kepalanya berkata pada mereka, "jika aku mahu dibunuh, biarlah Adolf membunuh aku sendiri."[3] Setelah beberapa lama masa diberikan, Eicke dan Lippert kembali ke sel Röhm - Röhm kelihatan mendabik dada tidak berbaju mencabar mereka.[7] Eicke dan Lippert menembak mati Röhm pukul 2:50 petang.[7][8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.