Helianthus tuberosus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Helianthus tuberosus atau topinambur[2] adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara.[3][4] Ia ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur.[5]
Helianthus tuberosus | |
---|---|
Stem with flowers | |
Umbi direbus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Asteridae |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Helianthus |
Spesies: | tuberosus |
Nama binomial | |
H. tuberosus | |
Sinonim[1] | |
|
Tumbuhan ini diberi nama umum dalam bahasa Inggeris Jerusalem artichoke ("articok/kharsyuf Yerusalem") sedangkan ia sendiri tidaklah berupa sayur bunga itu mahupun berasal dari Baitulmaqdis (Jerusalem):[6][7] ia datang daripada pengamatan penjelajah Perancis Samuel de Champlain yang mendapatkan sampel pertama tanaman ini dari Amerika Utara mencatatkan rasa umbinya menyerupai sayur articok.[8][9] Nama "Yerusalem" pula datang daripada orang-orang imigran Itali di Amerika Syarikat yang memanggil tanaman ini girasolecode: it is deprecated "bunga matahari" kerana rupa bunganya lama-kelamaan terubah menjadi kata Jerusalem.[10][11][12]