![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/20/Helen_McCrory_Berlin_2015.jpg/640px-Helen_McCrory_Berlin_2015.jpg&w=640&q=50)
Helen McCrory
pelakon wanita British / From Wikipedia, the free encyclopedia
Helen Elizabeth McCrory OBE (17 Ogos 1968[1][2] – 16 April 2021)[3] merupakan pelakon Inggeris. Selepas belajar di Pusat Drama London, beliau membuat kemunculun pentas buat kali pertamanya dalam The Importance of Being Earnest pada tahun 1990. Peranan pentas yang lain termasuk berlakon sebagai Lady Macbeth dalam Macbeth di Shakespeare's Globe, Olivia di Twelfth Night dan Rosalind dalam As You Like It di West End.
McCrory melakonkan watak Cherie Blair di kedua-dua filem The Queen (2006) and The Special Relationship (2010). Beliau juga melakonkan watak Françoise dalam filem Charlotte Gray (2001), Narcissa Malfoy di tiga filem Harry Potter terakhir, Mama Jeanne dalam filem keluarga Martin Scorsese Hugo (2011), Clair Dowar dalam filem James Bond Skyfall (2012), Polly Gray in Peaky Blinders (2013–2019), Emma Banville dalam Fearless (2017), dan Kathryn Villiers dalam MotherFatherSon (2019).