Hari Emoji Sedunia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Emoji Sedunia ialah suatu cuti tidak rasmi yang diraikan pada 17 Julai.[1][2] Hari tersebut dianggap "perayaan sejagat untuk emoji"[3] dan diraikan dengan acara emoji dan pengeluaran produk.[4] Diraikan setiap tahun sejak tahun 2014,[5] NBC melaporkan bahawa hari tersebut merupakan butir sohor kini teratas Twitter pada 17 Julai 2015.[6]