Emoji
From Wikipedia, the free encyclopedia
Emoji (Jepun: 絵文字code: ja is deprecated , Japanese: [emodʑi])[4] merupakan lambang ideogram dan smiley yang digunakan dalam pesanan elektronik dan laman web. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa termasuklah yang mirip air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan. Walaupun emoji serupa dengan emotikon, tetapi ia sebenarnya lebih berupa gambar dan bukan hasil tipografik (olahan aksara menjadi gambaran).[5] Perkataan emoji berasal dari bahasa Jepun, terdiri daripada e (絵code: ja is deprecated , "gambar") + moji (文字code: ja is deprecated , "aksara"); keserupaannya dengan perkataan emosi dan emotikon sekadar kebetulan. Kod skrip ISO 15924 bagi emoji ialah Zsye
.
Emoji | |
---|---|
Peranggu lambang | Emoji |
Terumpuk | 1,273 titik kod |
Sejarah gubahan Unikod | |
1.0.0 | 79 (+79) |
3.0 | 81 (+2) |
3.2 | 89 (+8) |
4.0 | 97 (+8) |
4.1 | 113 (+16) |
5.1 | 117 (+4) |
5.2 | 144 (+27) |
6.0 | 860 (+716) |
6.1 | 873 (+13) |
7.0 | 977 (+104) |
8.0 | 1,018 (+41) |
9.0 | 1,090 (+72) |
10.0 | 1,146 (+56) |
11.0 | 1,212 (+66) |
12.0 | 1,273 (+61) |
Nota: Kiraan-kiraan ini adalah untuk emoji yang merupakan aksara Unicode yang tunggal;[1][2] banyak emoji yang terbentuk daripada jujukan dua atau lebih aksara.[3] Emoji mula-mula ditakrifkan dalam Unicode 6.0, dan aksara pra-6.0 hanya ditakrifkan sebagai emoji dalam versi 6.0 ke atas. |
Berasal dari telefon bimbit Jepun pada tahun 1997, penggunaan emoji merebak ke seluruh dunia pada tahun 2010-an setelah dimasukkan ke dalam beberapa sistem operasi mudah alih.[6] Emoji yang terkini dianggap sebagai sebahagian besar daripada budaya popular di negara-negara yang berada di barat.[7] Pada tahun 2015, Penerbit kamus Oxford menamakan emoji U+1F602 😂 FACE WITH TEARS OF JOY (wajah tangisan kegembiraan) sebagai Perkataan Untuk Tahun Ini.