Hannah Montana
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hannah Montana merupakan siri TV dari Amerika Syarikat yang juga penerima pencalonan anugerah Emmy [1]. Ia dilancarkan pada 24 Mac 2006 di Disney Channel. Siri ini berkisarkan seorang gadis remaja yang mempunyai kehidupan iaitu sebagai remaja biasa bernama Miley Stewart (lakonan Miley Cyrus)dan penyanyi pop remaja popular Hannah Montana pada malam harinya. Di Malaysia, Hannah Montana ditayangkan pada September 2006 di Disney Channel Asia di Astro Saluran 61 (sekarang Saluran 615).
Fakta Segera Hannah Montana, Format ...
Hannah Montana | |
---|---|
Logo Hannah Montana | |
Format | Sitkom Muzikal |
Pencipta | Michael Poryes Richard Correll Barry O'Brien |
Dibintangi oleh | Miley Cyrus Emily Osment Mitchel Musso Jason Earles Billy Ray Cyrus Moises Arias (2+) |
Lagu pembukaan | "The Best of Both Worlds" oleh Miley Cyrus |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bilangan musim | 4 |
Bilangan episod | 98 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Steven Peterman Michael Poryes |
Pemasangan kamera | Kamera pelbagai |
Tempoh siaran | kira-kira 23 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney Channel ABC Kids |
Format gambar | NTSC |
Siaran asal | 24 Mac 2006 – 16 Januari 2011 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Tutup
Pada 9 April 2008, Disney mengumumkan Hannah Montana akan meneruskan untuk musim ketiga pada 2008.[2] dan produksi bermula pada 4 Ogos 2008.[3] Musim ketiga ini bermula pada 2 November 2008.