Haggis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Haggis ialah sejenis makanan seakan puding berlauk diperbuat daripada isi perut biri-biri - termasuk jantung, hati dan peparu - dicincang dan dicampur bersama bawang, oatmeal, suet, rempah ratus dan garam kemudian dimasak dalam balutan atau selongsong (casing) perut haiwan tersebut.[1]
Makanan ini sering dikaitkan dengan orang Scotland, malah ia dijadikan hidangan kebangsaan dalam negeri tersebut[2] serta turut dinikmati golongan imigran yang berhijrah ke negara jauh seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand. Ia paling utama dimakan pada suatu acara makan yang meraikan Burns Night atau Robert Burns Day ("Hari Robert Burns") iaitu hari lahir Robert Burns, penyajak terkenal dari Scotland pada 25 Januari.