Robert Burns
Penyair dan penulis lirik Scotland / From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert Burns (25 Januari 1759 di Allowa, Ayrshire – 21 Julai 1796 di Dumfries), dipanggil Robbie atau Rabbie Burns, ialah pemuisi kebangsaan Scotland. Beliau menulis dalam bahasa Scots dengan dipengaruhi sedikit oleh bahasa Inggeris.
Robert Burns | |
---|---|
Lahir | (1759-01-25)25 Januari 1759 Alloway, Ayrshire, Scotland |
Meninggal dunia | 21 Julai 1796(1796-07-21) (umur 37) Dumfries, Scotland |
Pekerjaan |
|
Warganegara | Scotland |
Pergerakan sastera | Romantisisme |
Karya terkenal |
|
Tandatangan | |
Beliau dikenali umum sebagai Makar Kebangsaan Scotland, dan karya beliau diraikan di seluruh dunia. Di seluruh dunia, beliau dikenali sebagai seorang daripada ramai makar yang menulis dalam bahasa Scots mahupun beliau juga menghasilkan banyak puisi dalam bahasa Inggeris, dan juga dalam bahasa Scots ringan yang dapat dibaca oleh mereka yang tidak fasih dengan bahasa Scots di dalam dan di luar Scotland.
Burns sering dianggap sebagai pelopor Pergerakan Romantisisme, dan selepas kematian beliau, menjadi lambang dan sumber inspirasi kepada para pelopor fahaman liberalisme dan sosialisme. Beliau menjadi ikon kebudayaan Scotland sama ada dalam negara tersebut mahupun dalam kalangan orang Scotland yang merantau dan berhijrah ke negara-negara asing.
Selain daripada karangan aslinya, Burns juga menghimpun lagu-lagu rakyat dari seluruh pelusuk Scotland dan sering menyemak dan menggubah lagu-lagu tersebut. Lagu beliau yang paling terkenal ialah Auld Lang Syne yang dinyanyikan pada waktu Hogmanay, sementara lagunya Scots Wha Hae, menjadi lagu kebangsaan Scotland buat seketika waktu. Puisi dan lagu beliau yang masyhur di seluruh dunia termasuk A Red, Red Rose ("Mawar Merah"), A Man's a Man for A' That ("Manusia Tetap Manusia, Walau Apapun"), To a Louse ("Buat seekor Kutu"), To a Mouse ("Buat seekor Tikus"), The Battle of Sherramuir ("Pertempuran Sherramuir") dan Ae Fond Kiss ("Kucupan Sayang").