HMS Illustrious adalah sebuah kapal pengangkut pesawat ringan dalam Tentera Laut Diraja dan merupakan kapal kedua dari tiga buah kapal kelas-Invincible yang dibina pada akhir tahun 1970-an dan awal 1980-an. Ia merupakan kapal perang kelima dan kapal pengangkut pesawat kedua yang memakai nama Illustrious, dan dikenali dengan nama "Lusty" oleh para krewnya. Pada tahun 1982, konflik di Falklands yang memerlukan Illustrious untuk disiapkan dan bergegas ke selatan untuk menyertai kapal-kapal terdahulu iaitu HMS Invincible dan kapal pengangkut pesawat veteran HMS Hermes. Untuk merealisasikan perkara ini, kapal ini disiapkan tiga bulan lebih awal di Swan Hunter Shipyard, kemudian ditauliahkan pada 20 Jun 1982 dalam perjalanan laut ke Portsmouth Dockyard untuk mengambil bekalan dan krew tambahan. Ia kemudian tiba di Falklands untuk membantu Invincible pada 28 Ogos 1982. Kembali ke United Kingdom, ia tidak ditauliahkan secara rasmi ke dalam armada sehingga 20 Mac 1983. Selepas tugasan di Atlantik Selatan, ia kemudian diatur gerakkan dalam Operasi Pengawasan Selatan di Iraq, kemudian Operasi Larangan Terbang di Bosnia pada tahun 1990-an dan Operasi Palliser di Sierra Leone in 2000. Pembaikan semula ektensif pada 2002 menghalang ia dari terlibat dalam Perang Iraq pada tahun 2003, tetapi dibaiki dan bersedia apabila diperlukan untuk membantuk warganegara Britain yang terperangkap dalam Perang Lubnan 2006.

Fakta Segera Sejarah, United Kingdom ...
Thumb
HMS Illustrious pada tahun 2006
Sejarah
United Kingdom
Nama: HMS Illustrious
Dipesan: 14 Mei 1976
Pembina: Swan Hunter, Tyne and Wear, United Kingdom
Dibaringkan: 7 Oktober 1976
Dilancarkan: 14 Disember 1978
Ditaja oleh: Puteri Margaret, Countess Snowdon
Ditauliah: 20 Jun 1982
Dibersarakan: 28 Ogos 2014
Pemasangan semula: Penyelenggaraan major: Pertama pada 1990-an, Kedua pada 2003-2005, Ketiga pada 2010-2012
Pelabuhan asal: HMNB Portsmouth
Pengenalan:
  • Pennant number: R06
  • Kod dek: L
  • Nama panggilan antarabangsa: GVUH[1]
Moto:
  • Vox Non Incerta
  • ("No Uncertain Sound")
Nama gelaran: "Lusty"
Takdir: Skrap[2]
Lencana: Lencana kapal
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal pengangkut pesawat kelas-Invincible
Sesaran: 22,000 tan[3]
Panjang: 210m[4]
Lunas: 118 ka (36 m)
Draught: 25 ka (7.6 m)
Jana kuasa:
  • 4 × turbin gas Rolls-Royce Olympus TM3B memberi 97,000 hp (75 MW)
  • 8 penjana diesel Paxman Valenta
Halaju: lebih 30 kn (56 km/j; 35 mph), krus 18 kn (33 km/j; 21 mph)
Jarak: 5,000 nmi (9,300 km; 5,800 bt) at 18 kn (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal:
  • 685 krew
  • 366 Cabang Udara Armada
Persenjataan:
  • 3 × Goalkeeper CIWS
  • 2 × meriam jarak dekat GAM-B01 20 mm
Pesawat yang dibawa:
  • Sehingga 22 buah helikopter dengan kombinasi:
  • Sebelum persaraannya, HMS Illustrious boleh mengoperasikan sehingga 22 buah Sea Harriers/ Harrier II
Nota: SDSR menyatakan bahawa kemungkinan pesawat Harrier Jump Jet daripada negara-negara lain boleh beroperasi di atas HMS Illustrious.
Tutup

Setelah pembersaraan pesawat British Aerospace Harrier II pada tahun 2010, Illustrious beroperasi sebagai salah sebuah daripada dua buah kapal pengangkut helikopter dalam Tentera Laut Diraja. Selepas 32 tahun digunakan, kapal tertua dalam Tentera Laut Diraja secara rasminya dilucut tauliah pada 28 Ogos 2014 meskipun ia tidak akan digantikan sehingga HMS Queen Elizabeth ditauliahkan pada tahun 2017. Meskipun Kementerian Pertahanan UK mengumumkan pada tahun 2012 bahawa setelah dilucut tauliahkan, Illustrious akan dipulihara, akan tetapi pada tahun 2016 ia telah dijual dan ditarik ke Limbungan Leyal Turki dilupuskan.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.