HMS Courageous (50)
From Wikipedia, the free encyclopedia
HMS Courageous adalah kapal sulung dari kelas tiga kruiser tempur yang dibina untuk Royal Navy semasa Perang Dunia Pertama. Direka untuk menyokong Projek Baltik yang diperjuangkan oleh First Sea Lord John Fisher, kapal ini mempunyai sedikit perisai dan dilengkapi dengan hanya beberapa meriam berat. Courageous siap pada akhir tahun 1916 dan menghabiskan perang dengan meronda Laut Utara. Ia terlibat dalam Pertempuran Kedua Heligoland Bight pada November 1917 dan hadir semasa Armada Laut Lepas Jerman menyerah kalah setahun kemudian.
Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Courageous.
Courageous sejurus selepas siap pada tahun 1916 | |
Sejarah | |
---|---|
United Kingdom | |
Nama: | Courageous |
Dipesan: | 14 Mac 1915 |
Pembina: | Armstrong Whitworth |
Kos: | £2,038,225 |
Nombor limbungan: | 895 |
Dibaringkan: | 26 Mac 1915 |
Dilancarkan: | 5 Februari 1916 |
Disiapkan: | 4 November 1916 |
Reclassified: | Ditukar ke kapal induk, Jun 1924 – Februari 1928 |
Pengenalan: | Nombor pennant: 50 |
Nama gelaran: | Outrageous[1] |
Takdir: | Ditenggelamkan oleh U-29, 17 September 1939 |
Ciri-ciri umum sebagai kruiser tempur | |
Kelas dan jenis: | kruiser tempur kelas-Courageous |
Sesaran: |
|
Panjang: | 786 ka 9 in (239.8 m) |
Lunas: | 81 ka (24.7 m) |
Draught: | 25 ka 10 in (7.9 m) |
Installed power: | |
Jana kuasa: | 4 syaf; 4 turbin stim bergear |
Halaju: | 32 knot (59 km/j; 37 mph) |
Jarak: | 6,000 nmi (11,000 km; 6,900 bt) at 20 knot (37 km/j; 23 mph) |
Anak kapal: | 842 anak kapal |
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
Courageous sebagai kapal angkut pesawat pada 1935 | |
Ciri-ciri umum sebagai pengangkut pesawat | |
Kelas dan jenis: | kapal pengangkut pesawat kelas-Courageous |
Sesaran: |
|
Panjang: |
|
Lunas: | 90 ka 6 in (27.6 m) (pada garisan air) |
Draught: | 27 ka 9 in (8.5 m) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: | 4 syaf, 4 turbin stim bergear |
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | 5,860 batu nautika (10,850 km; 6,740 bt) at 16 knot (30 km/j; 18 mph) |
Anak kapal: | 814 + 403 grup udara (1938) |
Persenjataan: | 16 × single meriam AA 4.7 inci (120 mm) |
Perisai: |
|
Pesawat yang dibawa: | 48 |
Courageous telah dilucutkan tauliah selepas perang, kemudian dibina semula sebagai kapal induk pesawat semasa pertengahan tahun 1920an. Ia boleh membawa 48 pesawat berbanding dengan 36 yang dibawa oleh kapal separa kembar Furious pada berat yang lebih kurang sama. Selepas ditauliahkan semula ia menghabiskan sebahagian besar kerjayanya beroperasi diluar pantai Great Britain dan Ireland. Ia secara singkat menjadi kapal latihan, tetapi kembali kepada peranan biasanya beberapa bulan sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua pada 1 September 1939. Courageous telah di torpedo dan karam pada minggu ketiga peperangan, tenggelam bersama lebih 500 anak kapal termasuk keptennya.