From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan metrik (bahasa Inggeris: tonne, t, atau M/T) ialah ukuran jisim yang sama dengan 1,000 kilogram. Ia bukannya unit SI, tetapi telah diterima untuk digunakan bersama-sama SI. [1] Unit SI yang wajar untuk tan metrik ialah "megagram", tetapi istilah ini tidak pernah digunakan. Walaupun ejaan tonne wujud sebelum permulaan sistem SI pada tahun 1960, ia kini merupakan ejaan piawai untuk ukuran jisim metrik dalam bahasa Inggeris. Unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat dieja sebagai ton dalam bahasa Inggeris.
Tan metrik ditakrifkan di Amerika Syarikat pada tahun 1866 [2] sebagai millier atau tonneau. Walaupun demikian, kedua-dua istilah ini tidak lagi digunakan dan walaupun masih wujud dalam statut-statut, kedua-dua perkataan ini telah diisytiharkan sebagai perkataan kuno oleh NIST.[3]
1 tan metrik ditakrifkan sebagai 1,000 kilogram atau 1 megagram.
Angka kandungan | Nama | Simbol | Angka kandungan | Nama | Simbol | |
---|---|---|---|---|---|---|
100 | tan metrik | t | ||||
101 | dekatan metrik | dat | 10–1 | desitan metrik | dt | |
102 | hektotan metrik | ht | 10–2 | sentitan metrik | ct | |
103 | kilotan metrik | kt | 10–3 | militan metrik | mt | |
106 | megatan metrik | Mt | 10–6 | mikrotan metrik | µt | |
109 | gigatan metrik | Gt | 10–9 | nanotan metrik | nt | |
1012 | teratan metrik | Tt | 10–12 | pikotan metrik | pt | |
1015 | petatan metrik | Pt | 10–15 | femtotan metrik | ft | |
1018 | eksatan metrik | Et | 10–18 | atotan metrik | at | |
1021 | zetatan metrik | Zt | 10–21 | zeptotan metrik | zt | |
1024 | yotatan metrik | Yt | 10–24 | yoktotan metrik | yt | |
Ejaan untuk tan metrik dalam perkataan bahasa Inggeris, tonne, berasal daripada bahasa Perancis. Dalam bahasa Inggeris Lama, ejaannya ialah tunne. Berbagai-bagai ejaan dan maksudnya (tonne, ton, tun) berasal daripada bahasa Latin akhir, "cask", iaitu tong kayu. Satu tong kayu penuh yang lebih kurang semeter tingginya boleh mencapai satu tan metrik beratnya. Perkataan tonne mungkin juga berasal daripada bahasa Celt.
Satu tan metrik adalah sama dengan:
Simbol yang rasmi untuk tan metrik ialah t. Walaupun T, mT, dan mt (khususnya dalam gabungan mmt untuk juta tan metrik ("million metric tons"), dengan Mt untuk megatan metrik (megatonne)) juga kekadang digunakan, kesemua ini tidak disyorkan kerana bercanggah dengan simbol-simbol SI antarabangsa yang disetujui. "T" ialah simbol SI untuk tesla, dan "m" ialah awalan SI untuk 'mili' yang membawa pengertian perseribu (walaupun secara amnya, awalan pecahan tidak digunakan untuk tan metrik). Te kekadang juga digunakan, khususnya untuk industri nuklear.
Di Perancis dan negara-negara yang bertuturan bahasa Inggeris dan yang sebahagian besarnya menggunakan sistem metrik, ejaan tonne digunakan secara meluas. Bagaimanapun, di Britain, tan yang digunakan sebelum pemetrikan ialah tan panjang yang terdiri daripada 2,240 paun (lebih kurang 1,016 kg). Ini hampir-hampir tepat sama dengan tan metrik sehingga banyak orang tidak banyak membezakan antara kedua-dua ini dan masih menggunakan ejaan yang lama. Umpamanya, Buku Rekod Dunia Guinness menerima pemetrikan tanpa menggantikan ejaannya. Bagi Amerika Syarikat, metric ton ialah nama untuk unit ini yang digunakan dan yang disyorkan oleh NIST. Di Amerika Syarikat, jika jenis "tan" tidak ditentukan, ia hampir selalu merujuk kepada tan pendek yang terdiri daripada 2,000 paun (kira-kira 907 kg).
Sebagaimana dengan gram dan kilogram, tan metrik menerbitkan unit daya dengan nama yang sama (kini sudah menjadi kuno): 1 tan-daya metrik = 9.80665 kilonewton (kN), unit yang sering dipanggil dengan mudah sebagai "tonne" atau "tan metrik", tanpa mengenal pastinya sebagai unit daya. Perhatikanlah bahawa hanya tan metrik yang digunakan sebagai unit jisim diterima untuk penggunaan bersama-sama SI: tan-daya atau tan-daya metrik tidak diterima.
Tan trinitrotoluena metrik (TNT) biasanya digunakan sebagai proksi untuk tenaga. Awalan-awalan juga digunakan, umpamanya kilotan metrik, megatan metrik, dan gigatan metrik, khususnya untuk menyatakan hasil senjata nuklear, berdasarkan tenaga pembakaran khusus TNT sebanyak 4.184 MJ/kg (atau satu kalori (khususnya kalori termokimia) per miligram). Oleh itu, 1 kt TNT = 4.184 TJ, dan 1 Mt TNT = 4.184 PJ.
Unit tenaga SI ialah joule. Mengandaikan bahawa TNT mengandungi 1,000 kalori (termokimia) kecil bagi setiap gram (4.184 kJ/g), satu tan TNT metrik lebih tepat dirujuk sebagai 4.184 gigajoule. Gigajoule biasanya digunakan untuk menghuraikan tenaga letupan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.