Gunung Korbu
gunung di Perak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
gunung di Perak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terletak di Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Berketinggian setinggi 2,183 meter,[1] ia adalah kemuncak tertinggi di Perak dan keseluruhan Banjaran Titiwangsa, serta kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan, Pahang.
Gunung Korbu ڬونوڠ كوربو | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,183 m (7,162 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Kinta, Perak |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Berdekatan Gunung Korbu adalah Gunung Yong Belar (2,181 m), terletak 8 km ke selatan. Gunung-gunung Tahan, Korbu dan Yong Belar juga termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di semenanjung yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7,000 kaki) dari aras laut, dikenali dalam kalangan komuniti pendaki sebagai G7. Kesemua gunung G7 terletak sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa, kecuali Gunung Tahan.
Menurut buku 'Malaya and It's History' tulisan Sir R.O. Winstedt, nama Gunung Korbu diberikan oleh orang asli Sakai, yang mendiami gunung dan bukit di Kelantan dan Perak. Korbu bermaksud 'kerbau'.
Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan. Di situ ada perkampungan orang Asli suku Semai. Mendaki ikut Sungai Kinta. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Mulakan dari berek pasukan polis dan Jabatan Bekalan Air Kinta.
Pendaki juga boleh mendaki Gunung Korbu melalui Pos Sg Termin.
Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, ekspedisi pendakian ini lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa V1. Ekspedisi tersebut mengambil masa selama 5 hingga ke 7 hari. Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan perjalanan melalui rentis hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan pendakian ke 6 daripada 7 buah gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa.
Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Tanah Tinggi Cameron. Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan.
Rentis asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu. Perjalanan melalui rentis balak ini amat menyiksakan terutamanya pada waktu tengahari di mana pendaki terdedah kepada terik matahari secara terus dan mampu membuatkan seseorang itu dehidrat akibat kekurangan air dalam badan.
Terdapat sebuah rentis lama ke gunung ini yang jarang dilalui oleh para pendaki. Perjalanan rentis ini akan membawa pendaki melalui Sungai Seno'oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek. Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak kerana rentis ini melalui permatang yang lain untuk ke puncak Gunung Korbu.
Adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.
Permohonan permit untuk melakukan pendakian ke gunung ini boleh dilakukan seperti langkah yang diberikan dibawah:-
Meskipun urusan permohonan permit ini agak merumitkan keadaan, namun ianya adalah untuk kebaikan pihak pendaki juga terutamanya untuk mengelakkan sebarang halangan ketika melakukan ekspedisi dan juga bagi mengelakkan banyak persoalan daripada pihak-pihak tertentu jika berlaku sebarang kecelakaan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.