From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Besar Hantu (Jawi: ڬونوڠ بسر هنتو) merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan negeri Pahang, [1] berketinggian setinggi 1,462 meter (4,797 kaki).[2]
Gunung Besar Hantu | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,462 m (4,797 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Jelebu, Negeri Sembilan Daerah Bentong, Pahang |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Semasa zaman Darurat, pihak komunis dipercayai menggunakan 'laluan tikus' di kaki gunung tersebut bagi menyusup masuk ke Negeri Sembilan dan Pahang. Denai tersebut masih kelihatan hingga hari ini, menyusuri sungai yang berliku melalui lembah dan kadang-kala digunakan oleh pendaki gunung riadah yang mendaki gunung tersebut.
Perjalanan berjalan kaki melalui denai hutan ini yang menyambungkan bahagian barat di sebelah Negeri Sembilan dengan Janda Baik, Pahang di sebelah timur mengambil masa sekitar dua hari. Kawasan gunung dan hutan sekitarnya telah digazet oleh kerajaan sebagai hutan simpan.
Digelar sebagai 'Gerbang Titiwangsa', Gunung Besar Hantu adalah kemuncak tertinggi di Negeri Sembilan dan keseluruhan wilayah selatan semenanjung. Ia juga merupakan salah satu kelompok gunung yang terletak di jajaran penghujung banjaran Titiwangsa yang menganjur dari titik sempadan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sehingga ke Tampin, Negeri Sembilan.
Profil gunung ini terdiri daripada hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.