From Wikipedia, the free encyclopedia
Guaraná atau nama saintifiknya Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba menjalar dari spesies Sapindaceae yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.
Guaraná | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Sapindaceae |
Genus: | Paullinia |
Spesies: | P. cupana |
Nama binomial | |
Paullinia cupana | |
Ia mempunyai kandungan kafeina tinggi pada buah dan biji (lebih kurang 2-8% kafein dalam sebiji buah) sebagai kaedah pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor;[1] malah bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi.[2][3]
Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi. Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Warna-warna buah guarana adalah dalam kepelbagaian coklat kepada warna merah dan mengandungi biji berwarna hitam yang dilitupi oleh sesabut putih. Kemendapan warnanya bila biji berwarna hitam itu dibelah-buka seperti biji mata; ini telah membentuk sebuah mitos.[4]
Perkataan "guarana" datang daripada perkataan bahasa Guarani guara-ná bermakna "buah seperti mata-mata manusia" berdasaran suatu kisah diceritakan dalam kepercayaan orang Guaraní: salah sebuah puak dari orang ini menceritakan ada seorang anak kecil yang amat disayangi kampungnya yang dibunuh suatu dewa. Salah satu dari dewa lain yang mengetahui hal ini telah mencabut mata kiri kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam hutan tebal menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan bermanfaat untuk menenangkan hati penduduk kampung tersebut. Mata sebelah kanan kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam kawasan perkampungan; menambahkan lagi bilangan guarana domestik.[5]
Orang Guarani akan membuat teh herba daripadanya dengan memecahkannya, membasuh dan mengeringkan bijinya dan diikuti dengan menumbuk biji-biji itu menjadi serbuk yang halus. Serbuk halus itu akan diuli untuk membentuk rupa silinder. Produk ini dikenali sebagai roti guarana, kemudian dipotong untuk dimasukkan ke dalam air panas bersama dengan gula.[6]
Tumbuhan ini telah diperkenalkan kepada orang Eropah pada abad ke-16 oleh Oviedo, Hernandez, Cobo dan pengembara-pengembara Sepanyol yang lain. Pada tahun 1958, guarana telah dikomersialkan.[6]
Juzuk kimia | Bahagian per juta |
---|---|
Adenine | |
Abu | < 14,200 |
Kafein | 9,100–76,000 |
Catechutannic-acid | |
Choline | |
D-catechin | |
Lemak | < 30,000 |
Guanine | |
Hypoxanthine | |
Mucilage | |
Protein | < 98,600 |
Resin | < 70,000 |
Saponin | |
Kanji | 50,000–60,000 |
Tanin | 50,000–120,000 |
Theobromine | 200–400 |
Theophylline | 0–2,500 |
Timbonine | |
Xanthine | |
Jadual mengandungi senarai separa bahan kimia yang terkandung di dalam biji quarana,[7][8] mahupun bahagian-bahagian lain juga mungkin mengandungi kimia tersebut dalam pelbagai kuantiti.
Menurut Biological Magnetic Resonance Data Bank, guaranine adalah kandungan bahan kimia kafein di dalam guarana dan ia agak seiras dengan bahan kimia kafein yang diambil dari sumber lain sebagai contoh kopi, teh dan Yerba Mate. Guaranine, theine dan mateine adalah amat sinonim untuk kafein.[9]Sumber asli kafein mengandungi pelbagai campuran kandungan xanthine, alkaloids, selain dari kafein, termasuk stimulan untuk kardiak seperti theophylline dan theobromine dan bahan lain seperti polyphenol di mana ia boleh membentuk kompleks penyahserapan bersama kafein.[10]
Jadual mempunyai sebahagian daripada bahan kimia yang boleh didapati di dalam biji guarana,[7][11]walaupun bahagian lain pada pokok yang sama mengandungi bahan kimia yang sama dan dalam kuantiti yang berbeza-beza.
Guarana digunakan di dalam pemanis atau minuman ringan berkarbonat dan minuman tenaga, di dalam ramuan herba, rempah ratus ataupun dikandungkan ke dalam kapsul-kapsul. Secara amnya, Amerika Selatan memperolehi kebanyakan kefein daripada guarana.[12]
Brazil ialah negara konsumer minuman ringan ketiga terbesar di dunia,[13]mengeluarkan beberapa jenama minuman ringan dari ekstrak guarana. Perkataan Portugis "guarana" digunakan secara meluas di Brazil sebagai rujukan minuman ringan yang mengandungi ekstrak guarana.
Guarana amat kaya dengan kandungan kafein sehingga ia menarik perhatian ramai untuk dilihatkan potensi dalam kesan sampingannya. Ujian ke atas tikus makmal menunjukkan bahawa guarana dapat membantu meningkatkan daya ingatan and ketahanan fizikal bila dibandingkan dengan 'pil gula'.[14]
Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu kajian penyelidikan[15] untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi empat dos(37.5 mg,75 mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah, mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan 75 mg guarana.
Di negara Amerika Syarikat, guarana telah diiktiraf sebagai selamat digunakan pada amnya oleh pentadbiran makanan dan dadah AmerikaFood and Drug Administration.[16]
Kajian awal menunjukkan bahawa guarana menjadi efektif sebaik saja dihadam. Satu kumpulan kajian yang lain mencatatkan secara purata kehilangan berat badan sebanyak 11.2 paun(5.1-kilogram) berlaku adalah lebih cepat bagi mereka yang mengambil campuran yerba mate, guarana, dan damiana berbanding dengan mereka yang diberikan 'pil gula' hilang secara purata berat badan sebanyak 1 paun selepas 45 hari.[17]Walaupun tiada keputusan konklusif terhadap efek yang spesifik dari penggunaan guarana, kajian ini berbeza dari satu kajian lain yang menunjukkan tiada kesan terhadap berat badan dari formula yang mempunyai guarana.[18]
Ekstrak Guarana mengurangkan agregasi pada platelet arnab sehingga 37 peratus dibawah nilai aras kawalan and mengurangkan platelet formasi thromboxane dari asid arakidonik sehingga 78 peratus dibawah nilai aras kawalan.[19]Tidak diketahui jika berlaku tindak balas platelet itu menambahkan efeknya terhadap risiko menghadapi penyakit jantung atau angin ahmar.[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.