jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia
Grifon[lower-alpha 1] ialah sejenis anjing, koleksi baka yang pada asalnya merupakan anjing pemburu. Terdapat tiga susur galur jenis grffon yang diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI): Grifon Vendée, anjing penuding berbulu dawai, dan smousje (anjing teman Belgium atau smoushond Belanda). Jenis grifon bercirikan bulu kasar atau dawai.
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Grifon disebut seawal Xenophon.[1] Anjing, Canis Segusius, yang digunakan oleh orang Gaul ialah grifon.[2] Antara baka tertua merupakan anjing penuding berbulu dawai Itali atau spinone Itali (FCI #165) dan baka yang dibiakbakakan oleh Eduard Karel Korthals yang berasal dari Negeri-Negeri Pamah (Belgium, Belanda, Perancis utara) yang mempunyai muncung pendek berjanggut. Smousje, iaitu anjing kecil yang disebut sejak Zaman Pertengahan di Negeri-Negeri Pamah, yang terkenal dengan perangai tegas dan sekata dan lapis bulu kasarnya, ialah ternakan pembiakbakaan awal untuk grifon Brussel.[3][4]
Anjing pemburu bau (FCI Kumpulan 6, Seksyen 1)
Anjing penuding (FCI Kumpulan 7, Seksyen 1)
Anjing teman kecil Belgium, "Smousje" (FCI Kumpulan 9, Seksyen 3)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.