Grand Prix Belgium 2013
From Wikipedia, the free encyclopedia
Grand Prix Belgium 2013 (nama rasmi: 2013 Formula 1 Shell Belgian Grand Prix)[1] ialah sebuah perlumbaan kereta Formula Satu yang telah berlangsung pada 25 Ogos 2013 di Circuit de Spa-Francorchamps di Spa, Belgium.[2] Perlumbaan ini merupakan perlumbaan kesebelas dalam kalendar Formula Satu musim 2013, dan merupakan Grand Prix Belgium yang ke-69.
Fakta Segera Maklumat perlumbaan, Petak pertama ...
Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-11 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2013. | ||
Spa-Francorchamps | ||
Tarikh | 25 Ogos 2013 | |
Nama rasmi | 2013 Formula 1 Shell Belgian Grand Prix[1] | |
Lokasi | Circuit de Spa-Francorchamps Spa, Belgium | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 7.004 km (4.352 batu) | |
Jarak | 44 pusingan, 308.052 km (191.415 batu) | |
Petak pertama | ||
Pemandu | Lewis Hamilton | Mercedes |
Masa | 2:01.012 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
Masa | 1:50.756 pada pusingan ke-40 | |
Podium | ||
Pertama | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
Kedua | Fernando Alonso | Ferrari |
Ketiga | Lewis Hamilton | Mercedes |
Tutup
Perlumbaan ini dimenangi oleh Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull-Renault, dan mendahului kejuaraan pemandu dengan kelebihan 46 mata. Fernando Alonso mendapat tempat kedua untuk pasukan Ferrari, dan ketiga ialah Lewis Hamilton (yang bermula dari petak pertama]] daripada pasukan Mercedes.