From Wikipedia, the free encyclopedia
Gram (bahasa Greek/Latin: grámma), dengan simbol g, ialah unit jisim.
Gram | ||||
---|---|---|---|---|
Tanda unit | g | |||
Ukuran | Jisim | |||
Unit asas | Kilogram | |||
Angka kandungan Asas | 10-3 | |||
Sistem | SI, CGS, dan lain-lain | |||
Kegunaan biasa | Biasanya digunakan untuk memasak dan melabel makanan | |||
Contoh | ||||
Satu mililiter air ialah 1 g Duit-duit syling yang biasa: Satu euro ialah 7.5 g; Satu peni Amerika Syarikat ialah 2.5 g | ||||
Pertukaran | ||||
SI | 10 dg = 1 g = 0.1 dag = 0.001 kg | |||
Imperial | 1 g ≈ 0.0353 auns ≈ 0.00220 paun | |||
Lihat juga: Peringkat magnitud (jisim) | ||||
Unit-unit berikut | ||||
desigram | < | Gram | < | dekagram |
Pada asalnya ditakrifkan sebagai "berat mutlak untuk air tulen yang sama dengan kuasa tiga satu perseratus meter pada suhu ais mencair" [1] (kemudiannya 4 °C), satu gram kini ditakrifkan sebagai satu perseribu kilogram, unit asas SI, atau 1×10−3 kg yang pada dirinya ditakrifkan sebagai sama dengan jisim sebuah prototaip fizikal yang dikekalkan oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.
Kesemua jisim yang berikut adalah anggaran:
Gram kekadang disingkatkan sebagai 'gm' atau 'gr'. Bagaimanapun, singkatan yang sah ialah 'g', dan bukannya 'gm' atau 'gr'.
Gram ialah unit asas untuk jisim dalam sistem metrik Perancis yang asal, serta juga untuk Sistem unit sentimeter-gram-saat (CGS). Perkataan "gram" berasal daripada perkatan Latin Akhir, gramma, yang membawa pengertian berat kecil.
Pada hari ini, gram digunakan dengan paling meluas sebagai satu unit ukuran untuk ramuan-ramuan bukan cecair bagi tujuan memasak-masak serta untuk membeli barang runcit di seluruh dunia. Untuk barang-barang makanan yang biasanya dijual dalam jumlah yang jauh kurang daripada 1 kg, harga unit biasanya diberikan untuk setiap 100 g.
Kebanyakan piawai dan keperluan undang-undang untuk label pemakanan bagi barang-barang makanan memerlukan kandungan-kandungan relatifnya dinyatakan untuk setiap 100g barang tersebut agar angka-angkanya boleh juga dibaca sebagai peratusan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.