From Wikipedia, the free encyclopedia
Grace Patricia Kelly (12 November 1929 – 14 September 1982) merupakan seorang pelakon teater dan filem Amerika Syarikat yang giat terlibat dalam bidang lakonan termasuk banyak pementasan, siri TV dan filem pada dekad 1950-an. Perkenalannya dengan Putera Monaco, Rainier III, membawa kepada suatu hubungan kuat di mana mereka berkahwin saat persaraan Kelly pada April 1956. Kelly menjadi permaisuri ketua negara tersebut yang turut melahirkan tiga orang waris takhta Wangsa Grimaldi sambil mengekalkan kewarganegaraan Amerika Syarikatnya.[1]
Grace Kelly | |
---|---|
Puteri Monaco | |
Tenure | Templat:Daterangedash |
Keputeraan | Grace Patricia Kelly 12 November 1929 Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat |
Kemangkatan | 14 September 1982 52) Monaco Hospital, La Colle, Prinsipaliti Monaco | (umur
Pemakaman | 18 September 1982 Cathédrale de Notre-Dame-Immaculée, Monaco-Ville, Monaco |
Pasangan | Rainier III, Putera Monaco (k. 1956) |
Anakanda |
|
Kerabat | Grimaldi (melalui perkahwinan) |
Ayahanda | John B. Kelly Sr. |
Bonda | Margaret Katherine Majer |
Agama | Katolik |
Tandatangan | |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1950–56 |
Anugerah | |
Lakonannya dalam Mogambo (1953) meraih beliau pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan meraih Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, pada tahun berikutnya pula beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam filem drama The Country Girl.[2]
Grace Kelly lahir di Philadelphia, Pennsylvania, dan dibesarkan di daerah East Falls, Philadelphia. Beliau anak ketiga empat adik beradik kepada John Brendan Kelly, Sr. (Jack Kelly) - seorang atlet lumba dayung Olimpik 3 kali dan Pengarah Kecergasan Fizikal Negara zaman Franklin Roosevelt - dan Margaret Katherine Majer Kelly, wanita pertama mengepalai Bahagian Pendidikan Sukan di Universiti Pennsylvania. Ayahnya berketurunan orang Ireland Katolik dari County Mayo sementara ibunya keturunan orang Jerman Lutheran.
Ketika masih remaja dan bersekolah di Ravenhill Academy, Grace sudah menceburi bidang peragaan busana dalam acara lokal bersama ibu dan adik perempuannya. Grace memasuki dunia lakonan selepas menamatkan persekolahannya pada bulan Jun 1947 di mana beliau menghadiri uji bakat di American Academy of Dramatic Arts, New York diikutinya dengan membawakan adegan sandiwara Torchbearers - drama tersebit hasil karya pamannya sendiri, George Kelly yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer. Walaupun kuota siswa untuk semester tersebut sudah penuh terisi, Grace diberi kesempatan wawancara dengan kepala penerimaan siswa baru, Emile Diestel. Hasilnya mudah ditebak, Grace akhirnya diterima di American Academy of Dramatic Arts, sekolah yang melahirkan banyak bakat lakonan terkenal seperti Katharine Hepburn, Lauren Bacall, Gene Tierney, dan Spencer Tracy. Grace tinggal di asrama perempuan "Manhattan's Barbizon Hotel for Women" yang terletak di 63rd Street and Lexington Avenue. Kerja sampingan sebagai model foto dilakukannya untuk menambah wang saku sambilan.
Grace turut mahir melatih diri menyanyi dengan terus menerus - iasangat membantu dalam memulakan kerjaya pementasannya dari panggung Broadway bersama-sama Raymond Massey dalam The Father karya Strindberg. Pada usia 19 tahun, drama yang dimainkannya sebagai syarat kelulusan adalah The Philadelphia Story; peran dalam drama tersebut nantinya juga dimainkan Grace Kelly di akhir kerjaya filemnya.
Lakonan pentas Grace menarik perhatian Delbert Mann, produser televisyen yang memilihnya berperan sebagai Bethel Maraday dalam drama televisyen. Karier di dunia layar lebar dimulai dengan peran kecil dalam filem Fourteen Hours (1951). Grace waktu itu berusia 20 tahun dan mendapat banyak tawaran main filem, tetapi ditolaknya karena masih ingin bermain teater. Ketika berpentas di Elitch Gardens, Grace menerima telegram dari produser Hollywood Stanley Kramer yang memintanya menjadi lawan main Gary Cooper dalam High Noon (1952). Menurut penulis biografi Wendy Leigh, Grace Kelly waktu itu terlibat asmara dengan dua pria sekaligus, Gary Cooper dan sutradara Fred Zinnemann.
Pada bulan September 1952, Grace diminta MGM untuk terbang ke Los Angeles mengikuti ujibakat peran Linda Nordley dalam filem Mogambo. Peran tersebut jatuh ke tangan Grace dengan tawaran kontrak selama 7 tahun. Grace menerima tawaran kontrak dengan MGM walaupun gaji yang ditawarkan agak rendah ada ketika itu dengan AS$850 seminggu. Sebelum kontrak ditandatangani, Grace mengajukan dua syarat tambahan: setiap dua tahun sekali mendapat cuti setahun untuk pentas di teater, dan boleh tinggal di New York City. Dua bulan sesudahnya, November 1952, Grace bersama pemeran Mogambo yang lain sudah tiba di Nairobi untuk memulai pengambilan gambar. Ketika Grace diwawancara kolumnis Hollywood Hedda Hopper, Grace mengehendaki 3 hal menyenangkan selama syuting Mogambo, John Ford, Clark Gable, dan perjalanan ke Afrika dengan semua biaya ditanggung. Kalau saja Mogambo dibuat di Arizona, saya tidak akan turut serta.[3]
Setelah sukses dengan Mogambo, Grace tampil bersama Jean-Pierre Aumont dalam drama televisyen "The Way of an Eagle" sebelum membintangi filem layar lebar Dial M for Murder. Filem tersebut merupakan adaptasi dari karya Frederick Knott yang telah menjadi masyhur di panggung Broadway dengan Alfred Hitchcock sebagai sutradara. Hitchcock banyak memberi pengarahan sambil mengeksploitasi kecantikan Grace Kelly yang murni di depan kamera. Pemutaran Dial M for Murder dimulai di gedung bioskop pada bulan Mei 1954 dan menjadi box office selain menerima banyak pujian dari pengamat filem.
Grace kembali tampil sebagai lawan main James Stewart dalam filem Hitchcock, Rear Window (1954). Filem selanjutnya adalah bersama Cary Grant dalam karya Hitchcock, To Catch a Thief (1955) yang pengambilan gambarnya dilakukan di Côte d'Azur, Prancis.
Pada tahun 1955, Grace Kelly memenangi piala Oscar untuk kategori Aktris Terbaik dalam filem The Country Girl. Filem terakhirnya High Society (1956) - bikinan semula The Philadelphia Story (1940) - mengandingkan beliau bersama Bing Crosby, Frank Sinatra dan Celeste Holm.[4]
Kelly mula berkenalan dengan Putera Rainier III semasa di Festival Filem Cannes 1955 mengetuai delegasi Amerika Syarikat di mana beliau dijemput bergambar dengan baginda di istana persemayamannya 55 kilometer jauh di Monaco, mereka berdua akhirnya dapat bersemuka pada 6 Mei.[5] Mereka mendapati keserasian bersama setelah setahun berkenalan,[6] maka Rainier memutuskan untuk berkahwin dengan Kelly pada tahun 1956.[7]
Terdapat dua majlis yang diadakan untuk mengahwini mereka berdua mengikut undang-undang Monaco:[8]
Kedua-dua raja dan ratu sehari dan seumur hidup ini memulakan bulan madu mereka membuat pelayaran Mediterranean 7 minggu mereka di kapal diraja Deo Juvante II tidak lama selepas berakhirnya majlis ini.[10][12]
Beliau menjawat ketua kelab AS Monaco yang dinamakan semula sebagai 'ASM pada tahun 1960, pasukan ini turut memenangi Piala Bola Sepak Perancis dalam perlawanan akhir menentang AS Saint-Étienne pada tahun sama - sumbangan ini sangat diraikan rakyat jelata Monaco sehingga pengurusan beliau disanjung-sanjung mereka[13]. Pada 1963, Grace menubuhkan Association mondiale des amis de l'enfance; badan amal Fondation Princesse Grace de Monaco turut ditubuhkannya pada tahun sama. Beliau juga presiden Palang Merah Monaco (Croix-Rouge monégasque) sehingga akhir hayatnya.
Hollywood pernah menawarkan seberapa lakonan dala filem tertentu namun ditentang hebat dari serata Monaco dan Putera Rainier sendiri kerana tidak sesuainya dengan imej Grace (filem Marnie tahun 1964 arahan Afred Hitchcock menunjukkan seorang watak yang dirancangnya dirogol). Namun, Grace tetap menyumbang kepada dunia seni dengan cara tersendiri melalui pembacaan puisi dan gubahan bunga.[14]
Roger Moore ada menyatakan perwatakan beliau pada ketika ini sangat lucu dan nakal[15] meskipun diamat tinggi dalam penjawatan beliau sebagai permaisuri negara Monaco.
Beliau melahirkan tiga orang putera-puteri hasil perkahwinannya denga Putera Rainier pada ketika ini:
Pada 13 September 1982, Puteri Grace mengenderai Rover P6[16] berangkat pulang ke Monako bersama Puteri Stephanie dari istana rehat mereka; namun beliau diserang penyakit angin ahmar (menurut pengamatan doktor[17]) sehingga hilang kawalan kereta tersebut yang terbabas dan jatuh ke jurang dari sisi gunung yang berketinggian 120 kaki (37 m). Stéphanie juga cuba mengawa kereta tersebut tetapi gagal.[18]
Puteri Stéphanie hanya mengalami fraktur halus pada vertebra serviks serta konkusi ringan[19] Kelly pula dihantarkan ke Hospital Monaco untuk dirawat kecederaannya pada otak, toraks dan tulang paha; namun beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan lanjut sehingga Rainier membenarkan sistem sokongan hidupnya dimatikan. Beliau meninggal dunia malam berikutnya pada jam 10:55 p.m. pada usia 52 tahun.[20]
Grace dimakamkan di Katedral Saint Nicholas, Monako. Putera Rainier dimakamkan berdampingan dengan Puteri Grace setelah baginda sendiri mangkat pada tahun 2005.
Tahun | Tahun | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Fourteen Hours | Louise Ann Fuller | |
1952 | High Noon | Amy Fowler Kane | |
1953 | Mogambo | Linda Nordley | |
1954 | Dial M for Murder | Margot Mary Wendice | |
Rear Window | Lisa Carol Fremont | ||
The Country Girl | Georgie Elgin | ||
Green Fire | Catherine Knowland | ||
The Bridges at Toko-Ri | Nancy Brubaker | ||
1955 | To Catch a Thief | Frances Stevens | |
1956 | The Swan | Alexandra | |
High Society | Tracy Samantha Lord | ||
1956 | The Wedding in Monaco | Diri sendiri | Dokumentari |
1959 | Glück und Liebe in Monaco | Diri sendiri | |
1977 | The Children of Theatre Street | Pencerita | Dokumentari |
Tahun | Tahun | Watak | Catatan | Ref(s) |
---|---|---|---|---|
1948
1952–1954 |
Kraft Television Theatre | Banyak watak | Episod "Old Lady Robbins"
Episod "The Cricket on the Hearth" Episod "The Small Hours" Episod "Boy of Mine" Episod "The Thankful Heart" |
[21][22][23][24][25] |
1950–1953 | The Philco Television Playhouse | Banyak watak | Episod "Bethel Merriday"
Episod "Ann Rutledge" Episod "Leaf Out of a Book" Episod "Rich Boy" Episod "The Way of the Eagle" |
[26][27][28][29][30][31] |
1950 | Ripley's Believe It or Not! | (Tidak diketahui) | Episod "The Voice of Obsession" | [32] |
1950
1952 |
Studio One | (Tidak diketahui) | Episod "The Rockingham Tea Set"
Episod "The Kill" |
[33][34] |
1950 | Actors Studio | Banyak watak | Episod "The Apple Tree"
Episod "The Token" Episod "The Swan" |
[35] |
1950 | Cads, Scoundrels and Ladies | (Tidak diketahui) | Segment: "The Lovesick Robber" | [35] |
1950 | Comedy Theater | (Tidak diketahui) | Episod "Summer Had Better Be Good" | [36] |
1950
1952 |
Lights Out | (Tidak diketahui) | Episod "The Devil to Pay"
Episod "The Borgia Lamp" |
[37][38] |
1950 | Big Town | (Tidak diketahui) | Episod "The Pay-Off" | [35] |
1950 | The Clock | (Tidak diketahui) | Episod "Vengeance" | [39] |
1950 | The Web | (Tidak diketahui) | Episod "Mirror of Delusion" | [35] |
1950 | Somerset Maugham TV Theatre | (Tidak diketahui) | Episod "Episode" | [35] |
1950
1952 |
Danger | (Tidak diketahui) | Episod "The Sergeant and the Doll"
Episod "Prelude to Death" |
[40] |
1951 | Prudential Family Playhouse | Helen Pettigrew | Episod "Berkeley Square" | [41] |
1951 | The Nash Airflyte Theater | (Tidak diketahui) | Episod "A Kiss for Mr. Lincoln" | [42] |
1951–1952 | Armstrong Circle Theatre | Banyak watak | Episod "Lover's Leap"
Episod "Brand from the Burning" Episod "City Editor" Episod "Recapture" |
[43][44][45][46] |
1952 | CBS Television Workshop | Dulcinea | Episod "Don Quixote" | [45] |
1952 | Hallmark Hall of Fame | Claire Conroy | Episod "The Big Build Up" | [45] |
1952–1953 | Lux Video Theatre | Banyak watak | Episod "Life, Liberty and Orrin Dooley"
Episod "A Message for Janice" Episod "The Betrayers" |
[47][48][49] |
1952 | Robert Montgomery Presents | (Tidak diketahui) | Episod "Candles for Theresa" | [45] |
1952 | Suspense | (Tidak diketahui) | Episod "Fifty Beautiful Girls" | [50] |
1952 | Goodyear Television Playhouse | (Tidak diketahui) | Episod "Leaf Out of a Book" | [29] |
1953 | Toast of the Town | Sang duet with Ralph Meeker | Episod "Teahouse of the August Moon" | [51][52] |
1963 | A Look at Monaco | Herself | Dokumentari | [53] |
1966 | The Poppy Is Also a Flower | Narrator | Telefilem | [54] |
1968 | Monte Carlo: C'est La Rose | Herself | Dokumentari | [55] |
Jata diraja Puteri Grace | Monogram diraja Puteri Grace |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.